Wednesday, November 20, 2024

Creating liberating content

TFC II Rangkul Edisi...

KUALA TERENGGANU - Pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II) muncul juara...

Najib Doakan Anaknya, Najwa...

SETIAP ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak yang selama ini dikandung...

Xtra Jumbo Pesta Iklan...

AYUH semua pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menyertai XtraJumbo iaitu Pesta...

AC Mizal, Isteri Jadi...

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal berjaya menurunkan berat...

JPJ Cadang Wujudkan Notifikasi Maklum Tarikh Tamat Lesen – Anthony

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk mewujudkan fungsi notifikasi permakluman tarikh tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM) menerusi aplikasi MyJPJ.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penambahbaikan itu dibuat selari dengan agenda pendigitalan jabatan berkenaan.

“Fungsi ini akan dimaklumkan kepada umum apabila ianya siap dibangunkan dan sedia untuk digunakan.

“Saya mengalu-alukan cadangan daripada Ahli Yang Berhormat Hulu Selangor untuk kita wujudkan fungsi notifikasi ini supaya orang ramai dapat memperbaharui LKM mereka,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) berhubung langkah kementerian bagi mengingatkan pemilik kenderaan agar tidak terlupa untuk memperbaharui LKM memandangkan sistem road tax digital tidak memerlukan pelekat cukai jalan dipamerkan.


Anthony menjelaskan, sejak inisiatif pendigitalan JPJ dilancarkan, kementeriannya dan jabatan itu sentiasa komited untuk menambah baik aplikasi MyJPJ dari semasa ke semasa untuk meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan atas talian kepada orang ramai.

Katanya, antara penambahbaikan terkini yang dilaksanakan adalah pengenalan fungsi pembaharuan LKM dan pembaharuan Lesen Memandu (LMM) yang telah dibuka kepada orang awam sejak 1 Februari 2024.

“Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, MOT pada 10 Februari 2023 telah mengumumkan inisiatif pendigitalan JPJ yang melibatkan LKM atau cukai Jalan dan LMM.

“Inisiatif ini telah dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan mod paparan digital e-LKM dan e-LMM bagi kenderaan persendirian individu iaitu warganegara yang boleh diakses melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ,” katanya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori