Wednesday, November 13, 2024

Creating liberating content

Minyak Masak, Tepung Gandum...

KANGAR - Permintaan tinggi terhadap minyak masak dan tepung gandum bersubsidi Malaysia menyebabkan...

Malaysia Main Peranan ‘Membina’...

NEW YORK - Sejak menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu...

“Jaga Kesihatan” Pesan Terakhir...

PENYANYI terkenal Misha Omar tidak menyangka ungkapan pelawak terkenal Yus Jambu yang berbunyi, "Jaga...

Bekas CEO Rayani Air...

PASIR MAS - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendran, 52, memeluk...

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti mekanisme penggunaan MyKad dan e-dompet dalam melaksanakan penyasaran subsidi minyak RON95.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata mekanisme pelaksanaan sedang diperincikan dan dalam proses untuk dimuktamadkan.

“Namun, penyasaran subsidi RON95 akan dilaksanakan dengan prinsip yang sama seperti mana penyasaran subsidi elektrik dan diesel iaitu membabitkan harga berperingkat atau ‘tiered pricing’.

“Mereka yang layak iaitu majoriti rakyat akan terus menikmati harga bersubsidi manakala golongan bukan warganegara, sektor perniagaan serta golongan pendapatan teratas akan membeli pada harga yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Amir Hamzah berkata, kerajaan berpendirian bahawa penyasaran subsidi RON95 perlu dilaksanakan mengikut perancangan iaitu pada pertengahan 2025 walaupun terdapat cadangan agar perkara itu ditangguhkan.


“Tujuan kita bukan untuk bebankan rakyat, sebaliknya adalah untuk mengekang ketirisan dan penyeludupan subsidi yang selama ini dimanfaat oleh warga asing dan sektor perniagaan.

“Majoriti rakyat kekal dengan harga bersubsidi dan penjimatan yang diraih dipulangkan semula untuk manfaat rakyat terbanyak,” tambahnya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan juga masih meneliti pendekatan yang akan digunakan bagi menentukan kumpulan T15 bagi penyasaran subsidi RON95 dan tidak akan terikat secara terus dengan definisi Survei Pendapatan Isi Rumah (HIS).

“Kerajaan akan meneliti perkara ini sebelum ia dimuktamadkan dengan mengambil kira kriteria tambahan selain daripada pendapatan dan komited untuk terus membela nasib majoriti rakyat termasuk golongan pertengahan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori