Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

4 Kudapan Mudah Untuk...

ORANG kata nak seribu daya tak nak seribu dalih. Bila ada anak kecil, stok...

40 Penyelam Terlibat Bawa...

SERAMAI 40 penyelam dari empat agensi memulakan penyelaman hari ini untuk memasang kabel...

Najib Fail Notis Usul...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan notis usul untuk...

Melayu Kaum Yang Rasis?...

KUALA LUMPUR - "Masa aku kecil dahulu aku dibesarkan dalam persekitaran membenci orang...

Larangan Guna Kenderaan NGV Mulai Julai 2025

Kuala Lumpur : Semua kenderaan yang dikuasakan dengan gas asli mampat (NGV) tidak lagi dibenarkan untuk didaftar atau dilesenkan untuk kegunaan di atas jalan raya di negara ini atas dasar keselamatan bermula 1 Julai 2025.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Petronas juga akan menamatkan bekalan runcit NGV secara berperingkat dalam pasaran negara sebelum penamatan sepenuhnya bermula tarikh sama.

“Keputusan itu diambil atas beberapa faktor termasuk isu keselamatan kepada pengguna terutamanya pemilik kenderaan yang dikuasakan dengan NGV.

“Berdasarkan rekod, tempoh kemuncak bagi pengubahsuaian dan pemasangan kit kenderaan NGV adalah antara 1995 sehingga 2014 lalu.

“Tempoh ini memberi indikasi bahawa keseluruhan kenderaan yang terbabit pada hari ini sudah berada dalam fasa akhir hayat tangki NGV dan perlu digantikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Pengumuman Dasar Pengunaan Kenderaan NGV, di sini, hari ini.

Anthony berkata, tangki NGV mempunyai had penggunaan selamat dalam tempoh 15 tahun dan tidak selamat jika tidak diganti selain boleh gagal berfungsi pada bila-bila masa hingga boleh mendatangkan kecederaan, kematian serta kerosakan harta benda.


“Selain itu, terdapat segelintir pengguna yang sudah melaksanakan ubah suai kenderaan dengan menggunakan silinder gas memasak (LPG) yang amat berbahaya dan mendatangkan risiko kemalangan dan letupan sebelum ini.

“Silinder LPG hanya mempunyai tekanan sekitar 7 bar/100 psi berbanding tangki NGV yang mempunyai tekanan sehingga 220bar/3,200 psi.

“Penggantian menggunakan komponen-komponen tulen pula akan memakan kos yang tinggi sehingga boleh melebihi RM7,000 bagi setiap kenderaan,” katanya.

Menurutnya, alat ganti NGV terutamanya tangki tulen amat sukar diperolehi di pasaran tempatan.

“Berdasarkan pemerhatian dan maklum balas diterima, terdapat pemilik kenderaan sudah menggunakan alat ganti daripada tangki yang digunakan atau pengubahsuaian tidak diiktiraf termasuk menggunakan tangki gas LPG.

“Semua perkara ini akan mendatangkan risiko keselamatan, kecederaan atau kematian kepada semua pengguna atau pemilik kenderaan terbabit,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori