Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 4 Individu...

LABUAN - Empat individu termasuk sepasang suami isteri ditahan, dipercayai mencuri 20 set...

4 Restoran India PJ...

PETALING JAYA - Wakil rakyat DAP menggesa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil...

Pasangan Direman 7 Hari...

PORT DICKSON - Mahkamah Majistret di sini menetapkan reman tujuh hari sehingga Khamis...

Muhyiddin Tiba Di Istana...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi tiba di Istana Negara...

Menteri Diarah Beku Cuti, Pergi Bantu Mangsa Banjir

Putrajaya : Cuti semua anggota Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata semua menteri dan timbalan menteri juga diarahkan turun padang ke kawasan bencana.

“Semua menteri diminta teruskan tugas sekarang, turun (ke lapangan). Ya (cuti dibekukan),” katanya ketika ditanya sama ada cuti semua anggota Jemaah Menteri dibekukan berikutan bencana banjir.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunai solat Jumaat di Surau Pudina, Presint 17 di sini, tadi.

Terdahulu, Perdana Menteri meluangkan masa menyertai lebih 500 jemaah menunaikan solat Jumaat di berkenaan.


Perdana Menteri tiba kira-kira jam 1 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau bersama jemaah lain turut mendengar khutbah bertajuk Tuntutan Mengimarah Rumah Allah sebelum menunaikan solat Jumaat diimamkan Ustaz Asyraf Ibrahim.

Usai solat Jumaat, Perdana Menteri yang lengkap berbaju Melayu warna hijau sempat beramah mesra dengan pengurusan masjid dan kariah serta orang ramai sebelum beredar.

Perdana Menteri juga sempat meluangkan masa makan tengah hari bersama penduduk setempat di Medan Selera Taman Warisan Pertanian dekat sini.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori