Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

40 Orang Awam Rentung...

BEIRUT - Kejayaan rejim Syria dengan bantuan Russia hampir menawan Ghouta sepenuhnya perlu...

‘Saya Ikhlas Nak Serahkan...

Kuala Lumpur: "Saya ikhlas dan kalau boleh nak serahkan segera motosikal pada dia...

Warga Sri Lanka Dipenjara...

KUANTAN - Seorang bekas penjaga stor warga Sri Lanka dihukum penjara sehari dan...

Akhirnya, Izara Aishah Mengaku...

Dengan beberapa keping gambar mereka berdua bertebaran di internet dan menjadi bualan ramai,...

MINDEF Batalkan Kontrak Sewaan 4 Helikopter Black Hawk

SHAH ALAM : Kementerian Pertahanan (MINDEF) sudah menyerahkan notis pembatalan kontrak sewaan empat helikopter Black Hawk kepada syarikat yang sebelum ini memenangi tender sewaan berkenaan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tindakan itu selepas syarikat terbabit gagal memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan walaupun sudah dilanjutkan hingga akhir Oktober lalu.

“Sudah habis Oktober, tiada apa-apa (Black Hawk), maka tiadalah.

“Notis pembatalan sudah pun dihantar,” katanya pada sidang media Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 ke Lubnan di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Beliau ditanya perkembangan terkini kontrak sewaan empat helikopter Sikorsky UH-60A+ Black Hawk kepada Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia.


MINDEF sebelum ini dilaporkan akan menilai secara menyeluruh terhadap perjanjian pajakan empat helikopter Black Hawk sebelum membuat keputusan sama ada membatalkan kontrak atau memberikan masa tambahan kepada pembekal.

Pada Mei tahun lalu, MINDEF memeterai kontrak sewaan empat helikopter berkenaan dengan syarikat tempatan Aerotree Defence and Services selama lima tahun bernilai RM187 juta.

Di bawah perjanjian bernilai RM187 juta itu, helikopter pertama sepatutnya dihantar pada November tahun lalu, tetapi tarikh akhir itu ditunda ke April tahun ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori