Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bekas Juara Dunia 800...

STELLENBOSCH (Afrika Selatan) - Pegawai kerajaan Afrika Selatan berkata bekas pelari juara dunia...

Kes Baharu Covid-19 Turun...

KUALA LUMPUR - Kes positif Covid-19 turun dengan 19,268 kes hari ini berbanding...

‘Saya Sering Hubungi Zila...

PESERTA Akademi Fantasia 2016 (AF2016), Zarol memberitahu sering berhubung dengan bekas isteri pelawak...

Parlimen Raub Mampu Ditawan...

RAUB - Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali Parlimen Raub yang dimenangi DAP...

Pemandu Lori Langgar Mati Harimau Belang Belum Buat Laporan Polis

IPOH: Pemandu lori yang melanggar mati harimau belang di Kilometer 67.1 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik pada Sabtu lalu, masih belum membuat laporan polis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, polis kini bekerjasama dengan PERHILITAN dalam usaha mengesan pemandu terbabit susulan laporan yang diterima daripada jabatan itu.

Beliau berkata, usaha mengesan pemandu lori berkenaan giat dijalankan terutama selepas sebahagian tubuh mamalia itu seperti kulit tidak ditemukan, dipercayai dicuri.

“Kes harimau itu disiasat oleh PERHILITAN dan pihak polis akan memberi kerjasama untuk menjejaki suspek. Setakat ini kita pun tak tahu (siapa) suspek, sebab pemandu lori pun tidak membuat sebarang laporan polis.

“Laporan polis ini dibuat oleh PERHILITAN selepas ianya (kematian harimau) viral, dan kita membantu jabatan berkenaan. Setakat ini pemandu lori belum dapat dikesan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.


Terdahulu, media melaporkan bangkai harimau belang yang mati akibat digilis lori berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa di Gerik pada Sabtu lalu dijumpai dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dicuri.

Ia termasuk kulit mamalia itu seolah sudah disiat menerusi video tular, selain Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff mengesahkan banyak bahagian harimau itu didapati hilang termasuk taring, tulang, kuku dan misai.

Semalam, media melaporkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan empat batang taring, kuku pada kaki, kulit ekor dan sebahagian kulit di kepala harimau didapati hilang akibat dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab, dipercayai dicuri pemburu haram.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori