Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Seramai 131,841 Penagih Dikesan...

KUALA LUMPUR - Seramai 131,841 penagih dadah dikesan dalam negara sejak Januari 2010...

201 Kes HFMD Dicatat...

SEREMBAN - Sebanyak 201 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dicatat di...

Pelayan Restoran Dipenjara 12...

KUALA LUMPUR - Seorang pelayan restoran dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di...

Pemerdagangan Manusia: Wanita Didakwa...

IPOH - Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari...

Penyokong Imran Khan Serbu Ibu Negara Pakistan, Tuntut Pembebasannya

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya enam anggota pasukan keselamatan terbunuh ketika mereka cuba menghalang ribuan penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan, daripada menyerbu ibu negara Islamabad, kata pihak berkuasa pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Anggota Renjer separa tentera terbunuh selepas sebuah kenderaan merempuh mereka ketika penunjuk perasaan menyerbu ibu negara itu lewat malam Isnin, kata jurucakap polis persekutuan.

Sebelum itu, dua anggota polis terbunuh di kawasan pinggir Islamabad manakala lebih 100 pegawai keselamatan cedera dalam pertempuran dengan penunjuk perasaan.

Ribuan penunjuk perasaan yang dipimpin oleh isteri Imran bertempur dengan polis antirusuhan, yang menggunakan gas pemedih mata dan baton untuk menyuraikan mereka, kata pihak berkuasa.

Menteri Dalam Negeri, Mohsin Naqvi dalam sidang media lewat malam berkata, kerajaan menawarkan tempat alternatif untuk protes mereka.

Bagaimanapun, Parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) pimpinan Imran bertegas untuk berhimpun di hadapan bangunan parlimen.


Penunjuk perasaan perlahan-lahan berarak ke destinasi itu walaupun mendapat tentangan hebat daripada pasukan keselamatan.

Kerajaan mengerahkan ribuan anggota polis, anggota separa tentera dan askar serta mengenakan perintah berkurung tanpa had di ibu negara sejak Sabtu lalu apabila penyokong Imran mengancam untuk membebaskannya secara kekerasan.

Penunjuk perasaan memulakan perarakan dari ibu negeri Khyber-Pakhtunkhwa yang disokong oleh kerajaan wilayah pada Ahad.

Imran dipenjarakan sejak Ogos 2023 dan menghadapi perbicaraan atas dakwaan menghasut keganasan pada 9 Mei tahun yang sama iaitu hari apabila penyokongnya melakukan rusuhan dan menyerang kemudahan ketenteraan.

Beliau menafikan tuduhan itu. Semua sabitan terhadapnya digantung atau dibatalkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori