Wednesday, November 20, 2024

Creating liberating content

Pemandu Bas Ekspres Didenda...

IPOH - Seorang pemandu bas ekspres didenda RM8,000 oleh Mahkamah Khas Trafik di...

“Saya Juga Tiada Kata-Kata...

PETALING JAYA - Pelakon Amar Baharin enggan mengulas apabila ditanya tentang kenyataan pelakon...

Najib Berlepas Ke Myanmar...

BEIJING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Myanmar selepas...

Jangan Sesekali Runtuhkan Negara,...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan rakyat Malaysia...

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

PANTAS masa berlalu. Pejam celik, pejam celik tidak lama lagi kita bakal meninggalkan tahun 2024.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Memasuki tahun baharu tentunya banyak citra dan harapan terlakar demi meneruskan arus kehidupan. Bagaimanapun tanggungjawab tetap tanggungjawab. Kewajipan yang tertunggak usah sesekali diabaikan.

Begitu juga kewajipan sebagai warganegara yang bertanggungjawab dalam menjelaskan cukai pendapatan. Gagal berbuat demikian bukan sahaja dikenakan kenaikan cukai lewat bayar, malah berdepan sekatan perjalanan.

Kenaikan cukai sebanyak 10 peratus akan dikenakan ke atas amaun cukai atau baki cukai yang tidak dibayar.

Sekiranya pembayar cukai menghadapi kesulitan bagi menyelesaikan jumlah cukai atau baki cukai yang tertunggak, HASiL membenarkan bayaran cukai tertunggak dibuat secara ansuran yang boleh dimohon sama ada melalui arahan potongan gaji (CP38) atau melalui ansuran sendiri.


Permohonan boleh terus dibuat kepada pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai mereka dengan menghantar beberapa dokumen yang diperlukan seperti surat permohonan, penyata gaji dan dokumen sokongan yang berkaitan dengan masalah kewangan mereka.

Kaedah bayaran tunggakan cukai secara ansuran ini boleh meringankan beban kewangan pembayar cukai terutamanya yang mempunyai masalah kewangan.

Ia membolehkan individu atau syarikat membayarnya dalam jumlah yang lebih kecil setiap bulan dan seterusnya boleh mengurangkan risiko untuk dikenakan tindakan undang-undang.

Kesimpulannya, selesaikan tunggakan cukai menjelang tahun baharu supaya jiwa dan fikiran tenang lagi damai memasuki tahun 2025.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori