Tuesday, November 19, 2024

Creating liberating content

Maharaja Akihito Akhiri Pemerintahan...

TOKYO – Maharaja Akihito akan menyerahkan takhta kepada anak sulungnya, Putera Naruhito, sekali...

Pakatan Terima AS$1 Juta...

SEBELUM ini ramai penyokong pembangkang 'melenting' apabila MYNEWSHUB pernah menyiarkan artikel yang mendedahkan...

PTPTN Lancar Pelan Antirasuah,...

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)...

Pendekatan Lain Bangunkan Kampung...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan memikirkan pendekatan lain dalam usaha mendapatkan persetujuan semua pemilik...

Surat Palsu Nama TPM: Polis Akan Mohon Sambung Reman Pengawal Keselamatan

Kuala Lumpur : Polis akan memohon untuk menyambung reman terhadap pengawal keselamatan yang ditahan berhubung penyebaran surat palsu menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tempoh tahanan reman lelaki berusia 32 tahun itu akan tamat esok dan polis akan memohon tambahan reman empat hari.

Menurutnya, sekiranya permohonan reman tidak diperolehi, esok, polis akan merujuk kertas siasatan ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya.

“Siasatan bagi mendapatkan keterangan saintifik dan forensik bagi telefon bimbit serta CPU juga sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan pengawal keselamatan yang bekerja di Pejabat Daerah Samarahan ditahan berhubung penyebaran surat palsu menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak Sabtu lalu.


Laporan polis dibuat selepas seorang kakitangan awam di Kuching memaklumkan kepada Fadillah bahawa beliau terbaca dua surat berkepala rasmi Jabatan Perdana Menteri di pejabat agensi kerajaan di Kuching, minggu lalu.

Surat berkenaan yang memetik nama Fadillah namun tiada tandatangannya menawarkan pelbagai jawatan dan kelulusan kuarters kerajaan yang disebarkan individu yang menyamar sebagai pegawai kepada Fadillah.

Berikutan itu, Fadillah dalam satu kenyataan Khamis lalu menafikan pihaknya mengeluarkan surat pelantikan individu sebagai pegawai di pejabatnya.

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang menerima surat sedemikian diminta supaya tidak mudah terpedaya dan merujuk kepada pejabatnya di talian 03-88724462 untuk pengesahan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori