GEORGETOWN: Suspek lelaki yang menikam dua beranak sehingga maut di hadapan lif sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini tengah hari semalam direman tujuh hari.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Lee Swee Sake, berkata suspek direman mulai hari ini hingga 14 November (Khamis) depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek berusia 32 tahun yang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) berada dalam keadaan stabil.
“Suspek masih hidup dan (dia) dalam keadaan stabil,” katanya hari ini.
Terdahulu media melaporkan Siti Zulaila, 30, dan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62 maut akibat ditikam seorang lelaki di hadapan lif sebuah tengah hari semalam.
Insiden serangan dipercayai berpunca suspek berang kerana mangsa wanita dikatakan telah menolak cinta suspek.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa baru pulang dari tempat kerjanya sebelum didatangi suspek bersenjatakan pisau dan menikam mangsa.
Bapa mangsa yang menyedari kejadian berkenaan cuba meleraikan tindakan suspek terhadap anak perempuannya namun dia juga turut ditikam.
Dua beranak itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Suspek kemudian mengelar dan menikam dirinya beberapa kali sebelum dikejarkan ke HPP untuk rawatan.
BHonline-