Wednesday, November 13, 2024

Creating liberating content

Pembatalan HSR: Apakah Para...

SAMPAI sekarang masih tak dapat nak hadam mengapa keretapi laju Kuala Lumpur Singapura...

Sabah Kaji Semula Lebuh...

LAHAD DATU - Kerajaan Negeri Sabah sedang mengkaji semula pembinaan Projek Lebuh Raya...

Budak Lahir Tanpa Mata...

SEORANG budak perempuan yang dilahirkan tanpa mata terpaksa bergantung dengan muzik untuk mengatasi...

Keris Hang Tuah Ditemui...

LONDON - Penemuan sebilah keris lama di dasar Sungai Towy mencetuskan persoalan misteri...

Tun Daim Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di sini, hari ini pada usia 86 tahun.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemergian ahli politik veteran dan ahli perniagaan itu disahkan peguamnya, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, sebentar tadi.

Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital sejak dua minggu lalu.

Sementara itu, portal Malaysiakini memetik Gurdial sebagai berkata, pengebumian Allahyarham akan dibuat pagi ini.

“Ya. Benar dia meninggal dunia. Dia mengalami strok baru-baru ini dan diletakkan di unit rawatan rapi (ICU). Belum ada maklumat lanjut,” katanya lagi.


Solat jenazah dijangka selepas solat Asar di Masjid Wilayah, Jalan Duta, di sini.

Daim berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dua kali, yang pertama dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.

Beliau kemudian kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi di bawah Dr Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia ketika itu.

Dilahirkan pada 29 April 1938 di Kedah, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama lima penggal antara 1982 dan 2004.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori