Monday, December 23, 2024

Creating liberating content

[TIDAK RASMI] Warisan Atasi...

KUALA LUMPUR : Percaturan kali pertama Parti Warisan (Warisan) yang berasal dari Sabah...

Sim Tze Tzin, Maria...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin,...

KUIN Kini Status Universiti...

PUTRAJAYA - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kini bertaraf universiti penuh dan dikenali sebagai...

Pengurus Ladang Dituduh Culik...

TELUK INTAN – Seorang pengurus ladang yang sebelum ini berdepan pertuduhan memperdagangkan 15...

1MDB Saman Amicorp Group, Tuntut Lebih AS$1 Bilion

SINGAPURA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaman syarikat penyedia perkhidmatan korporat, Amicorp Group dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Toine Knipping membabitkan tuntutan lebih AS$1 bilion.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam tuntutan saman yang difailkan pada 20 Disember itu, 1MDB mendakwa Amicorp terbabit dengan transaksi penipuan berjumlah lebih AS$7 bilion antara 2009 dan 2014.

Tumpuan tuntutan itu adalah dakwaan penipuan perdagangan, bantuan tidak jujur dalam pelanggaran kewajipan fidusiari dan konspirasi untuk melakukan tindakan yang tidak sah, menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tindakan undang-undang itu yang difailkan di Kepulauan British Virgin terhadap lapan entiti Amicorp, adalah sebahagian daripada usaha global untuk memulihkan aset yang dicuri daripada 1MDB.

Amicorp didakwa memainkan peranan penting dalam pengubahan wang haram dari dana yang dicuri melalui rangkaian global yang membabitkan Singapura, Barbados, Curacao, Hong Kong dan Kepulauan British Virgin.

Syarikat itu juga didakwa memberikan akses kepada sistem kewangan global melalui Bank Amicorp, sebuah bank yang didaftarkan di Barbados.

Selain itu, Amicorp didakwa menyediakan entiti dana dan perkhidmatan perbankan untuk membolehkan pengulangan kitaran aset melalui pihak yang menuntut seperti untuk menipu dengan mencipta jejak dokumen, memberi gambaran bahawa aset 1MDB telah dilaburkan dan menjana pulangan, sedangkan sebenarnya ia telah disalahgunakan.

Tuntutan saman itu bertujuan memastikan Amicorp bertanggungjawab atas peranannya dalam penyalahgunaan aset 1MDB dan sebagai usaha memulihkan dana yang dicuri.


“Kami mengambil tindakan ini untuk mencari keadilan dalam peranan yang kami dakwa dimainkan oleh Amicorp dalam memudahkan pengubahan wang haram dan penyelewengan dana yang dicuri bernilai berbilion dolar.

“Kami mendakwa ini dicapai melalui penciptaan struktur yang direka untuk mengaburkan pencurian secara sengaja dan Amicorp dengan sengaja serta tahu, telah mencipta struktur yang kompleks untuk menyembunyikan wang yang dicuri sebagai aset dan menjadikannya sukar untuk dijejaki.

“Pada pandangan kami, terdapat bukti yang kukuh untuk menunjukkan bahawa Amicorp, di peringkat tertinggi, tahu bahawa mereka terbabit dalam skim pengubahan wang haram yang tidak jujur dan haram yang direka untuk memindahkan sejumlah besar wang tunai daripada penerima yang dimaksudkan, rakyat Malaysia,” kata jurucakap Lembaga 1MDB mengenai tindakan undang-undang itu.

Amicorp telah menghadapi tindakan pengawalseliaan dan denda di beberapa negara kerana kegagalan pematuhan dan pelanggaran undang-undang antipengubahan wang haram.

1MDB dan anak syarikatnya diwakili Baker & Partners (BVI) Limited, Tom Smith KC dari South Square Chambers dan James Bailey dari 7 King’s Bench Walk.

Lim Chee Wee Partnership dari Kuala Lumpur, bertindak sebagai penasihat koordinasi global untuk semua usaha pemulihan aset yang berkaitan dengan 1MDB.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori