Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ramos Pemain Terbaik Liga...

KOTA KINABALU - Pemain import Sabah FA Hector Omar Ramos Lebron, 28, terpilih...

George Town Dipilih Sertai...

GEORGE TOWN - Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memilih...

‘Minat Elfira Loy Tidak...

KUALA LUMPUR - Pernah berlakon sama dalam drama Kelas 601 untuk siaran Astro...

Hari Keempat, Siti Sambung...

SELAMAT berpantang diucapkan buat penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini...

3 Pemimpin DAP Menang Saman Fitnah Terhadap Siti Mastura

Georgetown : Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan kenyataan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad, yang didakwa mengaitkan veteran dan pemimpin DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta Teresa Kok mempunyai pertalian dengan komunis, sebagai fitnah dan tidak disokong bukti.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Quay Chew Soon, dalam keputusan penghakiman penuh mendapati Siti Mastura bertindak dengan niat jahat, dan pembelaan terhadap beliau berdasarkan alasan komen adil adalah tidak dapat diterima.

Justeru, mahkamah mengarahkan Siti Mastura membayar sebanyak RM300,000 kepada Kit Siang, Guan Eng (RM240,000) dan Teresa Kok (RM200,000), selain menetapkan RM25,000 dibayar kepada setiap plantif sebagai kos.

Media sebelum ini melaporkan ketiga-tiga plaintif memfailkan saman fitnah terhadap Siti Mastura berhubung ucapan beliau dalam ceramah Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Kemaman (PRK) pada 4 November tahun lalu.


Melalui writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan secara berasingan, mereka mendakwa Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pertalian dengan parti komunis dan ketuanya, Chin Peng, serta bekas Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Mereka mendakwa defendan telah membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada ketiga-tiga plaintif, iaitu mereka mempunyai hubungan dengan parti komunis, dan menyokong serta mengamalkan selain menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara dalam ceramah itu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori