KUALA LUMPUR: Acara lelong harta milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida, yang sepatutnya diadakan esok telah ditangguhkan.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Perkara itu disahkan oleh kedua-dua peguam yang mewakili subkontraktor terbabit dalam tuntutan berkenaan, Samir Zainal, serta peguam mewakili Vida, Datuk Adnan Seman.
Samir memaklumkan, acara lelong itu ditangguhkan hingga 8 Januari tahun depan.
“Ia ditangguhkan kerana ada permohonan Vida Beauty Sdn Bhd menyatakan harta itu adalah Vida Beauty Sdn Bhd yang punya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Mengulas lanjut, Samir berkata, beliau akan berbincang dengan anak guamnya yang juga plaintif kes itu bagi menentukan sama ada ingin membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah berkenaan.
“Saya perlu menghubungi anak guam dulu, esok, sama ada hendak merayu atau apa,” katanya.
Bulan lalu, media melaporkan kediaman bersama empat kenderaan milik Vida, disita selepas beliau gagal melangsaikan hutang lebih RM1 juta.
Sebuah akhbar bahasa Inggeris melaporkan, perintah sita itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Vida tidak menjelaskan baki tunggakan bayaran untuk kerja ubah suai kilangnya di Shah Alam, Selangor, yang dijadikan studio.
BHonline-