Wednesday, January 1, 2025

Creating liberating content

Hampir 50,000 Anggota Pantau...

KUALA LUMPUR - Lebih kurang 50,000 anggota terdiri daripada tentera, polis, RELA dan pihak...

Tukang Masak Orkim Harmony...

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TDLM) Laksamana Tan Sri Abdul...

Tiada Kes Demam Kepialu...

PUTRAJAYA - Tiada kes demam kepialu (tifoid) baharu dilaporkan dari negeri lain yang...

Video Joget ‘Maut’ Budak...

BAGAIMANAKAH tindak balas anda jika melihat kanak-kanak menari sambil mengikut rentak lagu rancak?...

Amang Seksual Fizikal: PU Azman Dipenjara 6 Tahun, Satu Sebatan

SHAH ALAM: Bekas pendakwah selebriti, Azman Syah Alias dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap satu lagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja lelaki 17 tahun, tujuh tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Rasyihah Ghazali memerintahkan Azman Syah, 43, atau lebih dikenali sebagai PU Azman menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini.

Azman Syah juga dikehendaki menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara.

Pada prosiding sama, mahkamah memutuskan pertuduhan kedua dihadapi pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku Musim Ketiga’ itu sebagai ‘Take Into Consideration’ (TIC) mengikut 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi pada awal bulan ini, yang dikemukakan pihak pembelaan mewakili Azman Syah pada Oktober lalu.

Menurut dua pertuduhan itu, Azman Syah didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja 17 tahun ketika kejadian, bagi maksud seksual di sebuah inap desa di Jalan Kebun, di sini antara 12 tengah malam hingga 2 pagi dan 5.30 pagi sekitar September 2017.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding rayuan, peguam Fahmi Adilah memohon mahkamah mengenakan hukuman paling minimum atas beberapa faktor termasuk mengambil kira anak guamnya sedang menjalani hukuman penjara di Kajang.

“Tertuduh adalah bekas pendakwah selebriti dan sebelum ditahan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan lampau. Pengakuan salah oleh tertuduh didorong oleh faktor keinsafan dan kekesalan.

“Dia sedang jalani hukuman penjara sejak 27 Sept lalu dan terlibat dengan program-program keagamaan yang memberikan manfaat kepada banduan lain dan staf penjara. Justeru, itu menunjukkan tertuduh insaf,” katanya yang dibantu seorang lagi peguam Mohamad Zahid Ahmad.


Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dengan mengambil kira pengajaran dan kepentingan awam yang melebihi kepentingan peribadi tertuduh.

“Walau apa jua mitigasi dikemukakan, tertuduh sebagai pendakwah selebriti, perlakuan itu tak sewajarnya berlaku terutama terhadap kanak-kanak.

“Hukuman beri pengajaran kepada tertuduh dan membuka mata masyarakat,” katanya dalam prosiding hari ini yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya S Ruthra Raj.

Pada 17 Disember lalu, Azman Syah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki, dua tahun lalu.

Hakim Datin Surita Budin turut memerintahkan Azman Syah menjalani sesi kaunseling selain pengawasan polis masing-masing selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Terdahulu pada 6 Disember, Azman Syah telah dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Klang selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berumur 18 tahun, dua tahun lalu.

Sebelum itu pada 27 September Azman Syah diperintah menjalani hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun.

Sementara itu Mohamad Zahid ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu media bahawa semua hukuman pemenjaraan dikenakan kepada anak guamnya itu dilaksanakan secara serentak bermula tarikh jatuh hukum.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori