Sunday, January 5, 2025

Creating liberating content

“Saya Bukan Wira, Itu...

PUTRAJAYA - “Ini bukan tentang saya, tetapi apa yang kita (rakyat) boleh lakukan...

62.5 Peratus Pelajar Sudah...

AMPANG - Sebanyak 62.5 peratus pelajar berusia antara 12 hingga 17 tahun di...

Malaysia Tewas Lagi 1-4...

BURIRAM – Kempen Malaysia pada aksi Kelayakan Piala Asia 2019 berakhir dengan keputusan...

Lelaki Rimas Dikongkong, Kekasih...

KONONNYA demi menjaga kesihatan, seorang kekasih memaksa teman lelaki mengunyah nasi sebanyak 32 kali...

Banjir Diramal Landa Kelantan, Pahang Bermula Hari Ini – JPS

KUALA LUMPUR : Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di Kelantan dan Pahang selama dua hari bermula hari ini susulan amaran hujan berterusan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menerusi ramalan awal banjir yang dikeluarkan pada 2 petang ini, JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Sementara itu, banjir yang diramal melanda Pahang pula melibatkan lima daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Jerantut dan Maran.

“JPS akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan sungai itu.


“Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh yang dijangkakan. Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk, terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta peka dengan arahan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my dan laman Facebook PublicinfoBanjir.

–BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori