Tuesday, December 10, 2024

Creating liberating content

‘Selamat Tinggal Yonex’, BAM...

Selepas lebih 10 tahun menjalinkan kerjasama, nampaknya pasukan badminton Malaysia sudah boleh mengucapkan...

Pihak Swasta Dipelawa Tetas...

PORT DICKSON - Jabatan Perikanan Malaysia mengajak pihak swasta untuk bersama-sama terlibat dalam...

5 Rokok Sehari, Pemuda...

HISAP lima batang rokok setiap hari sejak berusia 17 tahun, Muhammad Faid adalah...

PDRM Sedia Jumpa C4

KUALA LUMPUR - Polis sedia mengadakan pertemuan dengan Centre to Combat Corruption and...

Barangan Rumah Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita

DAMANSARA – Pelbagai barangan rumah milik aktres Rozita Che Wan bernilai hampir RM100,000 disita oleh pihak mahkamah pada Selasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut wakil peguam yang enggan dikenali, selain penilaian harga barangan, pihaknya turut menyerahkan writ kepada ibu Rozita atau Che Ta kerana aktres berusia 51 tahun itu tiada di rumah.

“Hari ini kita serahkan writ, buat penilaian harga barang dan penyitaan. Ini kehadiran kali kedua ke rumah Rozita.

“Kami pernah hadir kali pertama bulan lalu tetapi tidak mendapat kerjasama. Jadi kali ini kami dapat perintah mahkamah untuk masuk.

“Nilai anggaran barang rumah tadi tidak sampai RM100,000, kebanyakan barangan peribadi,” katanya mewakili Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Tambah wanita berkenaan, pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya dari mahkamah untuk melakukan proses lelongan, dijangka dalam masa dua minggu lagi.


Katanya, apa-apa proses rundingan selepas ini perlulah melalui mahkamah.

“Buat masa ini kita akan tunggu arahan selanjutnya untuk proses lelongan. Kalau ada rundingan selepas ini, semuanya melalui proses mahkamah

“Tarikh lelongan sudah ada, tetapi kita tunggu surat selanjutnya dari mahkamah,” jelasnya yang tidak menafikan jumlah hutang aktres itu hampir RM1 juta.

Sementara itu, anak sulung Che Ta iaitu Ammar Effendy, 28, yang ditemui di pekarangan rumah ibunya, enggan memberi sebarang komen berkaitan penyitaan itu.

Terdahulu, pihak Mara bersama peguam dan wakil mahkamah melakukan serbuah ke kediaman Rozita di Kota Damansara selepas pelakon 4 Madu itu gagal melunaskan hutangan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori