Thursday, December 26, 2024

Creating liberating content

“Data Kotak Hitam Dah...

NILAI - Orang ramai diminta supaya bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung...

Lupa Beza Sunnah &...

KUALA LUMPUR - Kegagalan Tun Dr. Mahathir Mohamad membezakan antara sunat (sebagai salah...

Kualiti Udara Baik, Tiada...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di seluruh negara dilaporkan baik pagi ini dengan...

Tasha Manshahar Pakai Niqab...

KAJANG - Penyanyi Tasha Manshahar memberitahu dia mula memakai niqab sebelum mengenali suaminya,...

Belanja RM1.02 Bilion Baik Pulih, Bina Rumah Baharu

KUALA LUMPUR : Pentadbiran Kerajaan MADANI membelanjakan RM1.02 bilion untuk membaik pulih dan membina 34,470 unit rumah baharu dalam tempoh dua tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata daripada jumlah itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membaik pulih 4,814 unit rumah dan membina 245 unit rumah baharu dengan jumlah peruntukan RM104.4 juta.

Katanya, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pula melaksanakan baik pulih terhadap 23,458 unit rumah dan bina baharu 5,953 unit rumah dengan jumlah peruntukan RM920.4 juta sejak tahun lalu.

“Ini menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI dalam meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya untuk golongan miskin dan miskin tegar,” katanya dalam kenyataan semalam.

S-CHARMs perkasa komuniti


Kor Ming berkata, KPKT melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) memperkenalkan Sistem Ciri-Ciri Spatial Desa Malaysia (S-CHARMs) bagi memperkasakan komuniti desa.

Melalui sistem ini, sebanyak 19,474 maklumat sempadan dan profil kampung sudah dicerap.

Katanya, S-CHARMs diintegrasikan dengan Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional di bawah KKDW untuk mempercepatkan pelaksanaan projek kemudahan asas dan infrastruktur berdasarkan data sebenar serta meningkatkan aktiviti perancangan dan pembangunan kawasan desa.

“Inisiatif ini memastikan pembangunan desa lebih sistematik dan efisien, memberikan manfaat langsung kepada penduduk luar bandar,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori