Saturday, December 14, 2024

Creating liberating content

Keluarga Cam Rangka Ditemui...

GUA MUSANG - Anggota keluarga Juvina David, 7, mengecam bahawa rangka yang ditemui...

Mahathir Akui Laporan WSJ...

*Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan pihak SAMM berhubung dakwaan WSJ satu masa...

Sepapan Telur RM25 Di...

SEOUL - Ketika arena politik Korea Selatan 'kecoh' skandal korupsi Presiden Park Geun-hye,...

4 Sekeluarga Maut, Kereta...

KUALA LIPIS - Empat sekeluarga maut selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki bertembung...

Dua Bidan Jual 66 Bayi Sejak 10 Tahun

JAKARTA – Dua bidan ditahan selepas disyaki terbabit dalam pemerdagangan bayi di Tegalrejo, Yogyakarta, Indonesia, lapor kompas.com

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Suspek yang hanya dikenali sebagai JE berusia 44 tahun dan DM berusia 77 tahun didapati terbabit menjual 66 bayi sejak 10 tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Kota Yoyakarta, Emma Rahmi Aryani berkata, kedua-dua suspek tidak mempunyai lesen kebenaran menyambut bayi (SIP) atau kebidanan.

“Pada masa ini DM dan JE tidak mempunyai SIP untuk melakukan kerjaya kebidanan,” kata Emma sambil menambah kes ini telah melanggar peraturan kesihatan yang mengancam nyawa bayi.


Sementara itu, Pengarah Siasatan Jenayah Polis Wilayah DIY, Pesuruhjaya Kanan FX Endriadi, mendedahkan bahawa suspek telah melakukan kegiatan tersebut selama 10 tahun.

“Rekod transaksi menunjukkan mereka menjual 66 bayi membabitkan 28 lelaki dan 36 perempuan serta dua lagi tanpa identiti jantina mereka,” katanya.

Difahamkan, harga bayi perempuan sekitar 55 juta rupiah (RM15,583) manakala bayi lelaki 60 juta rupiah (RM16,672).

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori