Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Produk Halal Malaysia Bakal...

PRODUK Halal Malaysia dijangka menembusi pasaran Wilayah Qinghai pertengahan tahun depan dengan sasaran...

Trak Angkut Barang Tanpa...

SINGAPURA - Buat pertama kalinya, sebuah trak tanpa pemandu mula diperkenalkan di kawasan...

‘Influencer’ Berpakaian Wanita Mohon...

KUALA LUMPUR - "Saya masih waras dan belum hilang akal untuk berpakaian wanita...

Kemiskinan Di Mexico, Kanak-Kanak...

MEXICO - Lebih 21 juta kanak-kanak di Mexico hidup dalam kemiskinan manakala 4.6...

Duda Dipenjara Seumur Hidup, 12 Sebatan Edar Lebih 1kg Dadah

MUAR: Nelayan dipenjara seumur hidup dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methampethamin seberat lebih sekilogram, empat tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim, Suria Kumar DJ Paul menjatuhkan hukuman itu terhadap Md Iskandar Muhamad, 41, selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes dihadapi tertuduh.

Dalam penghakiman itu, Suria Kumar berkata, keputusan ini dibuat sekali gus membuktikan mahkamah memandang serius terhadap penyalahgunaan dan juga pengedaran dadah.

“Ini adalah keputusan mahkamah di sini (Mahkamah Tinggi Muar), kamu berhak membuat rayuan di Mahkamah Rayuan,” hujahnya sebelum menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga duda seorang anak didakwa mengedar methampethamin seberat 1,471 gram (g) di Jalan Abd Rahman menghala ke Parit Jawa, di sini, 5 pagi, 6 Jun 2020.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama.


Berdasarkan fakta kes, polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menahan tertuduh di lokasi terbabit.

Penahanan itu dibuat hasil maklumat dijalankan dan pemeriksaan menemui dadah terbabit pada tertuduh. Susulan itu, polis menahan tertuduh untuk membantu siasatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman manakala tertuduh diwakili RK Bala.

Mahkamah memutuskan hukuman seumur hidup bersama 30 tahun itu berkuat kuasa pada tarikh tertuduh ditahan, 6 Jun 2020.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori