Tuesday, December 31, 2024

Creating liberating content

Teruk Dikecam, Juri MasterChef...

SELEPAS dikecam hebat netizen gara-gara isu hidangan ayam rendang ‘rangup’, juri program realiti...

Pengikut Syiah Minta Suhakam...

PETALING JAYA - Sekumpulan pengikut Syiah, termasuk yang ditahan dalam satu serbuan pihkak...

Agong Titah Speaker Dewan...

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara diingatkan oleh Yang di-Pertuan...

Fattah Amin Join Telekung...

SEJAK kebelakangan ini nama aktor kacak Fattah Amin melonjak naik dan kisahnya banyak...

Harga Sayur Jatuh Lebih 50 Peratus

Johor Bahru : Harga sayuran merudum lebih 50 peratus sejak minggu lalu akibat lambakan bekalan susulan cuaca lebih baik kebelakangan ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee berkata cuaca yang baik menyebabkan bekalan sayuran kembali pulih dengan ladang dan kebun mengeluarkan hasil yang banyak.

Namun katanya, lambakan sayuran itu menyebabkan harga sayuran merudum ke paras terendah berbanding bulan lalu, selain kekurangan belian.

“Harga borong timun dari ladang kini hanya RM1.50 sekilogram berbanding antara RM3.50 hingga RM4 sekilogram bulan lalu.

“Begitu juga harga borong sawi dan bayam dari ladang kini hanya RM2 hingga RM3 sekilogram mengikut gred berbanding RM6 hingga RM7 sekilogram, bulan lalu.

“Dijangkakan lambakan sayuran akan pulih menjelang Tahun Baru Cina apabila permintaan tinggi, hujung bulan depan.

“Pengusaha sayuran juga berharap cuaca baik berterusan dan tidak hujan lebat dan banjir awal bulan depan, seperti yang berlaku awal tahun lalu, supaya bekalan sayuran pulih dan tidak terjejas semula,” katanya ketika dihubungi.

Sejak Oktober hingga bulan lalu, pengeluaran hasil sayuran negara dilaporkan terjejas lebih 40 peratus susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda.


Ser Kwee dilaporkan berkata ketika itu bekalan sayuran terjejas antara 35 hingga 40 peratus akibat bencana banjir melanda beberapa negeri.

Ia menyebabkan harga sayuran seluruh negara melonjak naik antara 50 hingga 100 peratus peratus, susulan kekurangan bekalan akibat ladang dan kebun sayuran di beberapa negeri, ditenggelami bah.

Sementara itu, peniaga sayuran di sebuah pasar basah di Tampoi, Wan Baharuddin Ahmad, berkata jualan sayuran juga merudum hampir 70 peratus susulan pelanggan yang amat berkurangan.

Katanya, ia mungkin akibat musim cuti persekolahan dengan kebanyakan kantin sekolah ditutup selain pengguna mengambil peluang cuti untuk melancong.

“Sejak minggu lalu, harga sayuran memang jatuh merudum akibat bekalan yang banyak namun kekurangan pembeli amat ketara.

“Harga sayur sawi dan bayam kini dijual dengan harga runcit RM3.50 hingga RM4 sekilogram berbanding mencecah RM9 sekilogram, Oktober dan bulan lalu.

“Harga cili padi juga merudum ke hanya RM9 sekilogram berbanding RM19, sebelum ini. Begitu juga harga cili merah jatuh kepada RM13 sekilogram berbanding RM21 sekilogram, Oktober dan bulan lalu,” katanya.

-Harian Metro

  • Lagi berita berkaitan:
  • sayur

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori