Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Jurukimpal Dipenjara 3 Tahun,...

KOTA BAHARU - Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3,000...

Chloe Moretz Akui Bercinta...

SETELAH sekian lama berteka-teki akhirnya pelakon remaja popular, Chloe Grace Moretz, 19, mengakui...

SOP Banjir Kemaman Pencontoh...

KEMAMAN - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata prosedur operasi standard...

Wanita Urut Warga Vietnam...

Johor Bahru - Empat wanita urut warga Vietnam ditahan dalam pemeriksaan Jabatan Imigresen...

‘Ini Kubur Guru Tarekat Kami’

KUALA LUMPUR: Penduduk berdekatan tanah perkuburan di Setapak mendakwa kegiatan berzikir seperti yang tular di media sosial sebelum ini dilakukan anak murid seorang guru tarekat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Penduduk Taman Danau Kota, Azmi Hassan, 55, berkata perkara itu hasil pemerhatiannya yang menziarahi kubur arwah isterinya setiap hari, selain pernah bertanya kepada seorang murid guru tarekat itu sewaktu mereka mengunjungi pusara.

“Biasanya jam 7.30 pagi pelajarnya akan datang. Tak kira lelaki atau perempuan akan buat masing-masing punya ritual (zikir).

“Saya pernah bertanya, sebab saya tengok zikir mereka kuat. Saya bertanya siapa yang istimewa ini? Pelajar dia kata, ini guru kami, guru tarekat. Mereka daripada dulu sudah buat perkara ini, zikir di sini.

“Bagi saya tak mengapalah. Bila tak ramai setakat seorang dua, nampak normal.

“Bila datang ramai (berzikir) itu mungkin agak meriah sedikit, bagi orang yang datang sekali sekala (ke kubur) itu macam peliklah,” katanya ditemui hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial menunjukkan sekumpulan individu seperti berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan.

Polis juga mengesahkan sudah menerima satu laporan berhubung video tular berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pula menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana perlakuan dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam susulan video tular itu.

Mengulas lanjut Azmi berkata, sekiranya perbuatan itu salah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan bertindak.

“Kalau salah mungkin daripada dulu jabatan agama Islam sudah bertindak. Mungkin dulu pihak pengurusan (kubur) sudah buat laporan. Pihak pengurusan pun relaks dan mereka lebih tahu,” katanya.


Penduduk Vista Wira Jaya 2, Kamal Azman Ahmad, 57, pula mengakui sewaktu kejadian, dia juga berada di tanah perkuburan dan berpandangan tidak ada masalah mereka membuat perkara itu.

“Sewaktu kejadian saya ada. Mereka baca Yasin dan buat tahlil. Saya rasa tak ada masalah. Zikir itu biasa.

“Bukan ada colok pun. Saya dengar cakap (orang itu) kubur tok guru,” katanya sambil menambah dia melawat kubur ibu mentuanya sewaktu itu.

Penduduk Taman Melati, Muhammad Safian Muhammad Shah, 70, pula berpandangan sebaliknya dengan meminta perkara seperti itu diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Jangan zikir dengan gopoh di kubur

“Sepatutnya kita nak berzikir dengan Allah SWT ini kena tenang-tenang, perlahan dan tak usah nak gopoh. Kalau tak betul sudah jadi fitnah, kalau salah sudah jadi syirik.

“Apa saja perbuatan kita dengan Allah SWT kena tenang. (Zikir ini) patut dibuat di tempat seperti masjid atau surau. Di kubur ini sepatutnya sedekahkan al-Fatihah saja,” katanya.

Muhammad Safian yang juga pesara berkata, dia terkejut dengan tindakan itu, sambil menyatakan perkara seperti terbabit tidak pernah terjadi sebelum ini.

“Saya terkejut. Kalau saya berada di situ, saya tegur. Saya tak takut (tegur) perkara macam ini. Kita (dalam) Islam kena saling tegur-menegur,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori