Sunday, December 15, 2024

Creating liberating content

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem...

“Impian Jumpa Anak Di...

PELAKON dan ahli kumpulan Elite, Watie Sadali diarahkan membayar RM2,500 sebagai ansuran bulanan...

Kematian Aimin: Reman 3...

KUANTAN - Reman tiga remaja yang dipercayai terlibat dengan kes kematian pelajar berusia...

Jangan Takut Hudud, Hayati...

KUALA LUMPUR - Undang-undang hudud bukan untuk membebankan tetapi ia berupaya memperbaiki keadaan...

Kenaikan Tambang Feri Ke Langkawi Bagi Warga Malaysia Dibatalkan

ALOR SETAR – Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Pengurus Besar Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom berkata, pembatalan itu membabitkan kenaikan kadar tambang yang ditetapkan bagi warganegara Malaysia.

Bagaimanapun, jelasnya, kenaikan tambang bagi pelancong asing akan dikuatkuasakan mulai tahun hadapan.

“Atas nasihat Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kerajaan Negeri Kedah, maka kenaikan tambang bagi warganegara Malaysia mulai 1 Januari 2025 ini dibatalkan.

“Bagaimanapun, kenaikan tambang bagi pelancong asing akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025,” katanya melalui satu kenyataan pada Ahad.


Sebelum ini Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd dilapor mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Kenaikan itu adalah di antara RM3 hingga RM10.50 sehala mengikut kategori penumpang dan laluan perjalanan.

Media kemudian melaporkan Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya berasa kesal dengan tindakan terburu-buru yang diambil oleh pengusaha feri Langkawi.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori