Kota Bharu: Kerajaan Kelantan sedang menunggu laporan lengkap berhubung penganjuran majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa disajikan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, kelmarin.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata, setakat ini penganjuran majlis itu didapati tidak mempunyai lesen hiburan.
Katanya, pihak penganjur juga tidak memohon permit hiburan.
“Pihak kita sedang menunggu laporan lengkap berhubung penganjuran majlis itu,” katanya di sini, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Kelantan membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa disajikan persembahan tarian mencolok mata.
Pada masa sama, sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) turut disiasat apabila dewan sekolahnya dijadikan lokasi majlis berlangsung dan melanggar peraturan negeri.
HarianMetro-