SHAH ALAM – Selepas bertungkus lumus membantu mangsa banjir di Kelantan, pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming disyaki rebah akibat kepenatan.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @kemeyyhakim memaparkan Khairul Aming menerima rawatan di sebuah klinik dengan keadaannya yang terbaring di atas katil sambil ditemani beberapa sahabatnya.
Berdasarkan beberapa rakaman siaran langsung Khairul Aming bersama beberapa pengguna media sosial lain pada Sabtu, beliau memaklumkan bahawa dirinya mengalami masalah kesihatan iaitu cirit-birit.
Meninjau ke ruangan komen, ada yang menyatakan bahawa keadaan kesihatan Khairul Aming itu turut dialami oleh pasukan bantuan mangsa banjir.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen mendakwa pempengaruh tersebut berdepan dengan keletihan melampau dan kekurangan tidur yang menyebabkan dia rebah.
Sebelum ini, Khairul Aming mengetuai pasukan misi Bantuan Orang Baik (BOB) untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.
Misi tersebut berjaya digerakkan lebih kurang seminggu dengan bantuan daripada orang ramai yang terdiri daripada makanan dan pakaian.
SinarHarian-