Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Peragaan Separuh B0gel Insiden...

SHAH ALAM - Peragaan separuh bogel sempena Tatoo Malaysia Expo 2019 di Pusat...

TNB Serah Rumah Baharu...

PADANG RENGAS - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Projek Baiti Jannati Peringkat Negeri...

Fiesta Belon Udara Panas...

PUTRAJAYA - Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya (PIHABF) ke-8 bulan depan, akan...

ASEAN: 47 Petugas Perubatan...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 47 kakitangan perubatan termasuk tujuh orang pakar bersiap siaga...

KPM Laksana Penilaian Kos Kerosakan Sekolah Terjejas Banjir

BUTTERWORTH: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan penilaian bagi mendapatkan jumlah kos untuk kerosakan dialami sekolah yang terjejas akibat banjir.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya sudah memperoleh maklumat bilangan sekolah yang terbabit banjir gelombang pertama.

“Gelombang pertama kita sudah ada bilangannya, cuma sedang dikenal pasti dari segi unjuran kos (kerosakan) yang terbabit.

“Pada masa sama, kita juga sedang membuat persiapan untuk menghadapi kemungkinan lain (banjir gelombang kedua),” katanya selepas menyertai acara larian Khazanah Reformasi Walk di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Sementara itu, Fadhlina berkata, KPM juga meningkatkan persiapan banjir gelombang kedua bagi calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika ini.

“Setakat hari ini saya berpuas hati dengan semua persiapan yang kita laksanakan, jadi minggu depan kita ada ujian amali sains dan juga diikuti ujian bertutur Bahasa Inggeris.


“Jadi persiapan dalam keadaan sangat baik, Ops Payung pun sudah diaktifkan untuk sebarang kejadian ataupun bencana,” katanya.

Terdahulu, KPM dalam satu kenyataan media memaklumkan mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) Ops Payung bagi menghadapi Ujian Amali Sains SPM yang dijadualkan berlangsung pada 9, 10 dan 12 Disember ini.

Langkah itu penting bagi memastikan ujian berkenaan dapat berjalan lancar dan tiada calon terjejas.

Ia susulan amaran Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) mengenai hujan berterusan yang dijangka berlaku sehingga 11 Disember di tujuh negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak dan Johor yang berkemungkinan mengakibatkan gelombang kedua banjir.

KPM sebelum ini memaklumkan, semua calon SPM terjejas akibat banjir berjaya menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu yang bermula 2 Disember lalu selepas operasi memindahkan mereka melalui Ops Payung selesai sepenuhnya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori