Friday, December 13, 2024

Creating liberating content

Kes Raymond Koh Ada...

KUALA LUMPUR - Kumpulan yang dipercayai menculik Pastor Raymond Koh yang hilang pada...

800,000 Rokok Putih Seludup...

KLUANG: Sebanyak 800,000 batang rokok putih tanpa cukai dirampas oleh Pasukan Batalion Lima...

Atlet Terjun Wendy Ng...

KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai atlet terjun yang gagal ujian doping ketika Temasya...

Pelakon Jazli Terlibat Kemalangan,...

PELAKON yang sering dijadikan inspirasi dalam penurunan berat badan, Jazli Hassan dilaporkan terbabit...

‘Lawan Saya Boleh Perdaya Dunia Tapi Tak Dapat Tipu Yang Maha Kuasa’ – Najib

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau dipastikan untuk berdepan dengan prospek dipenjarakan selama berdekad atas pertuduhan yang beliau tidak pernah lakukan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Najib yang membela diri di Mahkamah Tinggi hari ini terhadap penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ia semata-mata bagi memenuhi kepentingan dan kelangsungan politik lawannya.

Najib berkata, ketidakadilan dialaminya adalah sangat mengejutkan dan pihak menuduhnya yang berada dalam usaha terdesak untuk menyelamatkan diri, membuat pembohongan demi pembohongan demi mengaitkan dirinya.

Menurut Najib, mereka adalah bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin; bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Mohd Hazem Abdul Rahman; bekas peguam Jasmine Loo; bekas Pegawai Kewangan (CFO) Azmi Tahir.

Begitu juga, bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail; bekas Pengerusi Tan Sri Mohd Bakke Salleh; bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; dan bekas Setiausaha Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari (BPKA) Kementerian Kewangan.

“Lawan saya dan mereka yang menyebabkan ketidakadilan ini terhadap saya mungkin boleh memperdaya dunia dan berbangga atas kemenangan sementara mereka, tetapi mereka tidak dapat menipu Yang Maha Kuasa, yang melihat segala-galanya.

“Kelak pada hari penghakiman, mereka akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan mereka ke atas keadilan dan undang-undang mereka.

“Tidak dapat dinafikan, di dalam kepercayaan saya, pemerintah dan mereka yang berkuasa, pemerintah negara dan hakim akan dihisab dan dipersoalkan terlebih dahulu.

“Namun saya percaya bahawa keutamaan ini bukan disebabkan oleh darjat atau darah dan keturunan mereka, kerana setiap manusia adalah sama di sisi Tuhan,” katanya.


Najib berkata demikian ketika membela diri terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.

Najib berkata individu yang disebutkan itu menukarkan fakta dengan kepalsuan dan penceritaan demi kebebasan dan untuk menutup kelemahan serta kesilapan diri.

Beliau berkata, namun mereka hidup bebas tanpa sebarang tindakan undang-undang mahupun sedikit rasa penyesalan, tambahan lagi kesemua kesalahan dan ketidakcekapan mereka dengan mudah diabaikan.

Katanya lagi, pada masa sama, pihak pendakwaan dan penyiasat yang berat sebelah dan terikat dengan agenda yang ditetapkan, memujuk dan meyakinkan diri bahawa mereka hanya “menjalankan tugas” walaupun bukti yang dibongkar menunjukkan si pelaku bukan dirinya

Menurut Najib, beliau kini menjadi mangsa kepada sistem yang kononnya diperbaharui yang sepatutnya menjunjung keadilan dan memerangi rasuah, namun gagal di dalam memenuhi janjinya.

“Sebaliknya, ia dijadikan sebagai wadah untuk melindungi pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dan menjamin untuk mereka terlepas.

“Bagi mereka yang merancang dan melaksanakan ketidakadilan ini, saya tidak akan membalas dendam, kerana bukan sifat saya untuk merendahkan diri saya dan institusi kerajaan untuk berkelakuan serupa,” katanya.

Prosiding di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 6 Januari depan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori