Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

UMNO Terus Perhebat Kempen...

KOTA BHARU - UMNO akan terus memperhebatkan program penerangan secara bersemuka dan media...

PRN-11 SARAWAK: Proses Pengundian...

KUCHING - Proses pengundian awal pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) berjalan lancar...

Luahan Rasa Isteri Ini...

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Bait lirik lagu nyanyian P.Ramlee yang...

PRU-15: Pangkalan Data Sistem...

Kuala Lumpur : Pangkalan data dalam sistem MySPR Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa...

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

LONDON – Kadar kematian lemas global menurun 38 peratus sejak 2000, namun lebih 7.2 juta orang kebanyakannya kanak-kanak, masih berisiko lemas menjelang 2050 jika trend semasa berterusan, amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Agensi Anadolu, laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai ‘pencapaian kesihatan global yang utama’.

Namun, laporan itu mencatatkan bahawa lemas kekal sebagai isu kesihatan awam yang utama, dengan lebih 30 orang dianggarkan lemas setiap jam dan 300,000 orang meninggal dunia akibat lemas pada 2021 sahaja.

Data itu menunjukkan bahawa hampir separuh daripada semua kematian lemas berlaku dalam kalangan orang berumur di bawah 29 tahun, manakala satu perempat daripadanya adalah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun.

Laporan itu menambah bahawa kanak-kanak berisiko tinggi untuk lemas apabila tidak diawasi oleh orang dewasa.


“Penurunan ketara dalam kematian lemas sejak 2000 adalah berita baik dan bukti bahawa intervensi mudah dan praktikal yang disyorkan oleh WHO berkesan,” kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Beliau menambah: “Namun, setiap kematian akibat lemas adalah satu kematian yang terlalu banyak, dan berjuta-juta orang masih berisiko. Laporan ini mengandungi data penting untuk pembentukan dasar dan cadangan tindakan segera untuk menyelamatkan nyawa.”

Di peringkat global, sembilan daripada 10 kematian akibat lemas berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana, menurut laporan itu.

Kebanyakan kematian lemas di seluruh dunia boleh dicegah dengan intervensi berasaskan komuniti yang disyorkan oleh WHO, termasuk pemasangan halangan untuk mengelakkan akses kanak-kanak kepada air, meningkatkan pengurusan risiko banjir dan mengukuhkan kesedaran awam mengenai bahaya lemas, menurut laporan itu.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori