Friday, January 3, 2025

Creating liberating content

Ambil Alih SESB Selepas...

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah akan menubuhkan Suruhanjaya Tenaga sendiri sebelum mengambil alih...

“Saya Mungkin Dah Mati...

PERDANA Menteri, Dr. Mahathir Mohamad kini merupakan ketua kerajaan tertua di dunia dan...

Pengauditan 1MDB: Arul Kanda...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB)...

Hari Pertama Hantar Ke...

SEORANG ibu yang baharu mula bekerja tidak menyangka bayi yang ditinggalkan pada rumah...

Mangsa Banjir Di Johor, Kelantan Meningkat

Kuala Lumpur : Jumlah mangsa banjir di Johor dan Kelantan, masing-masing menyaksikan peningkatan setakat 8 malam ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 69 orang daripada 17 keluarga berbanding 52 orang daripada 14 keluarga 8 pagi tadi.

Beliau berkata mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gembut dan Balai Raya Kampung Perpat di Kota Tinggi.

“Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dan Sungai Paya Dato di Mersing pula mencatat paras amaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di Jajahan Pasir Mas meningkat kepada 31 orang daripada sembilan keluarga berbanding 23 orang daripada tujuh keluarga sebelum ini.


Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Gual To’Deh.

Sementara itu, di PERAK sebuah PPS dibuka 6 petang tadi di Dewan Kg Asli Chinggung, Daerah Muallim menempatkan 52 mangsa daripada 11 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan mereka yang terjejas merupakan penduduk Kg Chinggung.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori