Wednesday, December 25, 2024

Creating liberating content

Mungkin PH Lebih Suka...

KUALA LUMPUR – Niat kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menutup pengkhususan pembinaan rumah...

22 Serpihan Ditemukan Setakat...

BINTULU - Sejumlah 22 serpihan ditemukan setakat ini di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius...

Senior High School Homework...

Many people today need nothing more in life to eventually become affluent (whatever...

Tun M Kembali Jadi...

KEPUTUSAN Pakatan Harapan memilih Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri walaupun...

Miliki Bahan Lucah Kanak-kanak: PDRM, SKMM Terus Jejak Pelaku

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus menjejak pelaku terlibat menyimpan bahan pornografi kanak-kanak dan dewasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan menerusi Op Pedo akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

“Kita bekerjasama dengan SKMM bagi mengesan dan mendapatkan maklumat berkaitan.

“Polis juga menyiasat lanjut bagi mengenal pasti kegiatan ini melibatkan sindiket atau secara individu selain usaha mengesan pelaku lain untuk tindakan lanjut sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat disaran untuk menyalurkannya bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seramai 13 lelaki ditahan secara berasingan pada Isnin menerusi Op Pedo di enam negeri, kerana disyaki menyimpan video dan gambar pornografi kanak-kanak dan dewasa.


Sebanyak 18 premis di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu diperiksa dalam operasi bersepadu dijalankan oleh PDRM dan SKMM.

Hasil pemeriksaan menemukan pelbagai peranti dan peralatan komputer milik kesemua suspek.

Op Pedo itu menemukan kira-kira 40,000 bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan pornografi dewasa.

Objektif operasi bersepadu itu bertujuan menjejaki pesalah seksual terhadap kanak-kanak melibatkan aktiviti dalam talian khususnya di platform media sosial.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori