Tuesday, December 31, 2024

Creating liberating content

Wanita Vietnam Ditemui Mati...

BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita warga Vietnam ditemukan mati dalam keadaan bogel dengan...

Suara Busker Demi Solidariti...

SYED Amran Al Yahya bukan nama asing bagi peminat muzik jalanan. Hampir dua...

Piala Malaysia: JDT Catat...

JOHOR BAHRU - Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) membuka kempen Piala...

Lelaki Jalani Perintah Sekatan...

KEMAMAN: Hasrat seorang lelaki yang menjalani perintah sekatan buang daerah (PCO) di Klang,...

Nahas Jeju Air: Semua Dianggap Meninggal Dunia Kecuali Dua Mangsa

MUAN (Korea Selatan) – Sebuah pesawat yang membawa 181 orang terbakar selepas tergelincir dari landasan dan merempuh tembok pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, di barat daya Korea Selatan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa kesemua mangsa dipercayai maut kecuali dua orang, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kejadian berlaku sekitar 9.07 pagi ketika pesawat Jeju Air cuba melakukan pendaratan cemas, namun gagal hingga merempuh tembok pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, yang terletak kira-kira 288 kilometer di barat daya Seoul.

Menurut pihak berkuasa, operasi kini beralih kepada usaha untuk mengeluarkan mayat-mayat mangsa, setelah 85 kematian disahkan setakat ini.

Seorang penumpang dan seorang kru, kedua-duanya wanita berjaya diselamatkan dan kini menerima rawatan di sebuah hospital di Mokpo.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Bangkok itu membawa 181 orang, termasuk enam kru, dengan kebanyakan penumpang adalah warga Korea, kecuali dua warganegara Thailand.

Rakaman video yang disiarkan oleh stesen TV tempatan menunjukkan pesawat berkenaan cuba mendarat tanpa gear pendaratan yang digunakan.

Pesawat itu tergelincir di atas tanah, merempuh tembok konkrit sebelum meletup dan dijilat api.

Pesawat malang itu hampir musnah akibat letupan yang berlaku.


Pihak berkuasa Wilayah Jeolla Selatan telah menaikkan tahap kecemasan ke tahap tertinggi dan mengerahkan semua anggota penyelamat serta polis bagi membantu operasi di lokasi kejadian.

Pihak berkuasa percaya bahawa kerosakan gear pendaratan, yang mungkin disebabkan oleh perlanggaran burung menjadi punca utama kemalangan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan punca sebenar kejadian.

Pemangku Presiden, Choi Sang-mok tiba di lokasi nahas sekitar tengah hari dan mengarahkan pegawai untuk berusaha sepenuhnya dalam operasi pencarian dan penyelamatan.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menjanjikan bantuan kerajaan kepada mereka.

Pejabat Presiden memaklumkan bahawa satu mesyuarat kecemasan pegawai kanan akan diadakan pada 11.30 pagi bagi membincangkan tindakan lanjut kerajaan terhadap nahas pesawat ini.

Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Ketua Staf Presiden, Chung Jin-suk.

Ketua Agensi Polis Negara yang bertindak, Lee Ho-young juga mengarahkan pegawai untuk menggerakkan semua sumber yang ada dan bekerjasama dengan pasukan bomba serta agensi berkaitan dalam usaha penyelamatan.

-Bernama-Yonhap

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori