Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

Saudi Anjur Maraton Pertama...

RIYADH - Arab Saudi kembali melakar sejarah. Kali ini, negara terbesar di rantau...

Tiada Laporan Rasmi Rakyat...

PUTRAJAYA - Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York masih belum menerima sebarang...

Formasi Kereta Berbentuk Jalur...

JOHOR BAHRU: Syarikat pengeluar minuman tempatan, Haos Ek? menempa nama dalam Malaysia Book...

Foto Fasha Terlajak’ Mesra...

MEDIA sosial sepatutnya digunakan secara baik dan bukannya untuk menyebarkan 'kuasa' negatif. Tapi...

Oxford Pilih ‘Brain Rot’ Sebagai Perkataan Tahun 2024

MOSCOW – Oxford University Press memilih istilah slanga ‘brain rot’ sebagai perkataan tahun ini melalui undian awam, lapor Sputnik.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Konsep ‘brain rot’ merupakan istilah slanga yang diterangkan dalam Kamus Oxford sebagai kemerosotan mental atau intelektual seseorang, terutamanya akibat menghabiskan terlalu banyak masa mengakses dan menyerap kandungan yang kurang bernilai atau tidak berkualiti (terutamanya kandungan dalam talian) yang dianggap dangkal atau tidak memberikan manfaat intelektual yang signifikan.

Menurut halaman pertandingan, penggunaan pertama perkataan ini dicatatkan pada 1854 dalam buku Walden; or, Life in the Woods oleh Henry David Thoreau.

Sepanjang 2023 hingga 2024, kekerapan penggunaan ungkapan ini meningkat sebanyak 230 peratus, mencerminkan kebimbangan terhadap kesan daripada penggunaan kandungan dalam talian yang berlebihan, terutamanya dalam kalangan pengguna media sosial.

Lebih 37,000 orang mengambil bahagian dalam undian itu.


Senarai pendek juga menyenaraikan perkataan ‘demure, ‘dynamic pricing’, ‘lore’, ‘romantasy’, dan ‘slop’ (bahan berkualiti rendah di Internet yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan).

Pada 2022, Oxford English Dictionary memilih istilah slanga ‘goblin mode’ sebagai perkataan tahun itu, yang pertama kali dipilih melalui undian awam.

‘Goblin mode’, istilah slanga yang digunakan untuk menggambarkan jenis tingkah laku yang mementingkan diri sendiri, malas, selamba atau tamak, lazimnya berdasarkan cara yang menolak norma atau jangkaan sosial, menurut penerbit kamus Oxford Languages.

-Bernama-Sputnik

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori