Friday, December 20, 2024

Creating liberating content

Model Playboy Dipenjara Kerana...

SARAJEVO - Seorang bekas model Playboy dipenjara selama dua tahun setengah selepas didapati...

Kematian Baby Adam Tiada...

KUALA LUMPUR - Siasatan polis sebelum ini mendapati kematian bayi lelaki berusia 10...

P.Pinang Harap K’jaan Persekutuan...

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang mahu meneruskan cadangan pembinaan jambatan ketiga...

10 Kes Varian Delta...

PUTRAJAYA – Sebanyak 10 lagi kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan kesemuanya melibatkan...

Pelaburan Minyak, Gas Kekal Menguntungkan

KUALA LUMPUR : Malaysia terus mengekalkan daya saing dalam sektor minyak dan gas, dengan harga pulangan modal (break-even) bagi telaga baharu dan sedia ada berada pada julat AS$30 hingga AS$50 setong.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tahap ini menjadikan pelaburan dalam sektor ini kekal menguntungkan berdasarkan unjuran harga minyak Brent pada AS$70 setong bagi 2025, demikian menurut nota penyelidikan CIMB Securities.

Kedudukan ini memberi kelebihan kepada Malaysia untuk menarik pelaburan dalam aktiviti huluan yang dijangka terus berkembang, didorong oleh permintaan tinggi terhadap penyelenggaraan loji, pengoptimuman pengeluaran, dan kapal sokongan luar pesisir (OSV).

Langkah ini penting untuk meningkatkan pengeluaran dan memanjangkan jangka hayat medan minyak sedia ada, khususnya selepas pengeluaran minyak negara mencatat penyusutan 3.8 peratus tahun ke tahun pada 2024.

Permintaan terhadap unit simpanan terapung, pengeluaran dan pemunggahan (FPSO) serta OSV dijangka meningkat berikutan kekurangan bekalan dalam pasaran, sekali gus memberi peluang kepada penyedia perkhidmatan untuk mengenakan kadar sewa harian (DCR) yang lebih tinggi.

Antara penerima manfaat utama adalah Bumi Armada, MISC, dan Yinson untuk pesanan FPSO, manakala Dayang turut dijangka meraih keuntungan melalui aktiviti penyelenggaraan yang kukuh serta kekurangan OSV.

Prospek ini juga didorong oleh pelan perbelanjaan modal (capex) RM300 bilion oleh PETRONAS bagi tempoh 2023 hingga 2027, dengan 80 peratus daripadanya diperuntukkan untuk sektor hidrokarbon.

Sehingga separuh pertama 2024, PETRONAS telah menggunakan 26.2 peratus daripada jumlah capex, iaitu bersamaan 87.2 peratus daripada sasaran RM90 bilion bagi tempoh tersebut.


Meskipun keuntungan sektor dijangka menurun sebanyak 1.4 peratus tahun ke tahun pada 2025 selepas lonjakan 35.4 peratus pada 2024, prestasi sektor ini kekal kukuh.

Penurunan ini disebabkan oleh faktor sekali sahaja, termasuk penyediaan kos MMHE, pengurangan keuntungan Petdag, dan kadar DCR lebih rendah bagi FPSO tertentu.

Namun begitu, keuntungan sektor dijangka melonjak 28.2 peratus pada 2025, dipacu oleh prestasi cemerlang MISC, Dialog, dan Dayang, selain pengurangan kerugian bersih oleh Lotte Chemical Titan (LCT).

Harga minyak Brent baru-baru ini turun kepada AS$69 setong, didorong oleh kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dan potensi lambakan bekalan pada 2025. Namun, CIMB menjangkakan harga Brent akan stabil pada purata AS$70 setong tahun depan, dengan OPEC+ bersedia melaras pengeluaran untuk menyeimbangkan pasaran jika diperlukan.

Melihat kepada prospek positif dan penilaian menarik dalam sektor ini, CIMB menaik taraf unjuran sektor minyak dan gas kepada “Overweight” daripada “Neutral” sebelum ini.

Antara pilihan utama untuk pelaburan adalah PChem, MISC, dan Dialog.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori