Wednesday, December 18, 2024

Creating liberating content

Jenazah CEO Cradle Fund...

PETALING JAYA - Selepas digali semula bagi membolehkan proses bedah siasat kedua dijalankan...

Kesian.. Budak Merintih Sakit...

GAMBAR seorang kanak-kanak lelaki yang kelihatan sedang menangis akibat bibirnya digigit seekor cicik...

Ukraine Jamin Bantu Siasatan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pertahan Ukraine, Ihor Kabanenko memberi jaminan akan memberi...

Biar SKMM Buat Kenyataan...

SEREMBAN - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan...

Peluang Terakhir Malaysia….

Kalau TMJ Gagal Majukan Bola Sepak Kita…Maka Habis La

BOLA sepak adalah sukan yang paling mendapat perhatian di serata dunia dengan anggaran 4 bilion peminat.

Di Malaysia juga ia adalah sukan nombor satu.

Justeru, seperti di negara-negara lain, bola sepak memang menjadi perhatian penting di negara ini.

Mutu dan tahap kejayaan pasukan kebangsaan saban tahun menjadi persoalan di kalangan peminat.

FAM secara berterusan dilabelkan gagal mencapai kejayaan di kalangan peminat tempatan.

Dan memang betul pun.

Kini…selepas puluhan tahun…kita mungkin melihat satu sinar baharu untuk industri bola sepak kebangsaan.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) adalah insan yang sedang berusaha membawa sinar itu.

Komitmen dan kesungguhan baginda untuk membawa bola sepak negara ke peringkat lebih tertinggi ternyata apabila mengadakan pertemuan bersama Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) Gianni Infantino, semalam.

“Infantino diberi taklimat mengenai projek skuad kebangsaan di Malaysia yang dimulakan oleh DYAM Pemangku Sultan Johor dan ianya juga mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia.

“Infantino turut menzahirkan kepercayaan inisiatif nasional tersebut yang dikemudi DYAM Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan,” kenyataan mewakili baginda di Facebook HRH Crown Prince of Johor.

Bayangkan…sampai sanggup berjumpa Presiden FIFA untuk membincangkan prestasi dan rancangan pembangunan bola sepak kita.

Rasanya kalau orang-orang FAM paling kuat mungkin sampai depan pagar pejabat FIFA aje sebelum diminta pulang.

TMJ ada pengaruh…ada kemampuan kewangan ..ada kesungguhan dan keinginan dari hati untuk membantu pasukan kebangsaan.


Tiada siapa yang mempu mempertikaian pengetahuan pengurusan bola sepak baginda.

Baginda menjadikan pasukan baginda, JDT sebagai lagenda dahulu sebelum memperlihatkan minat untuk memperbaiki pasukan kebangsaan pula.

Baginda bukan bangun pagi satu hari dan tiba-tiba terasa nak bantu pasukan kebangsaan. TMJ ada track record yang sangat cemerlang dalam industri bola sepak.

Baginda tahu apa yang baginda tengah buat.

Justeru….andai TMJ sendiri suatu hari nanti menyerah kalah…maka ia hanya menjelaskan satu benda….dah tidak ada sebarang sinar harapan pasukan kita boleh pergi lebih jauh selepas ini.

Inilah adalah satu-satunya dan peluang terakhir melihat pasukan kita melangkah lebih jauh di peringkat antarabangsa.

Kalau TMJ pun gagal…maka kita tutup buku ajelah pasal bola sepak negara.

Apa pun…kalau kita sayang sukan bola sepak negara…kita sokong semua usaha tuanku tanpa mengira baginda adalah pemilik JDT atau apa-apa alasan remeh yang lain.

Bila tuanku bercakap pasal bola sepak kebangsaan…maka itu mewakili kita semua…bukan Johor atau JDT.

Maka kita, seluruh rakyat Malaysia hendaklah menyokong usaha baginda.

Sebab kalau baginda berjaya…ia adalah kejayaan untuk kita semua.

Andai baginda tidak berjaya…kembali la sepenuhnya kepada FAM ….hmmm…malas nak ulas lanjut dah bila libat FAM…. 

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori