Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Dewan Rakyat Bincang Usul...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk membincangkan situasi...

Dua Sarung Tangan Ada...

KUALA LUMPUR - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa...

Agrofest Perak Pada Hari...

LUMUT - Penganjuran Agrofest Perak buat julung kalinya pada Hari Terbuka Armada di...

Blok Politik Ketiga Bukan...

KUALA LUMPUR - Penubuhan blok politik ketiga gabungan PAS dan Parti Ikatan Bangsa...

Perbicaraan Ebit Lew Masuki Tahun Ke-4, Mahkamah Tetapkan 15 Januari Tarikh Seterusnya

TENOM – Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew bakal memasuki tahun keempat apabila mahkamah menetapkan 15 Januari sebagai tarikh perbicaraan seterusnya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 39, sebelum ini berhadapan dengan 11 pertuduhan iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah yang bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021.

Pada hari terakhir perbicaraan kali ini, mahkamah menetapkan tarikh 15 hingga 17 Januari iaitu selama empat hari perbicaraan berlangsung di Mahkamah Majistret Tenom pada tahun hadapan.

Mahkamah juga turut menetapkan 4 hingga 7 Mac sebagai tarikh seterusnya manakala bagi tarikh yang dicadangkan pada Februari sebelum ini akan ditetapkan pada perbicaraan Januari depan.

Pihak pendakwaan setakat ini telah memanggil 12 saksi termasuk pengadu dalam kes tersebut untuk memberi keterangan di mahkamah.


Perbicaraan sebelum ini juga turut melibatkan saksi lain termasuk pendakwah bebas, Firdaus Wong atau nama sebenarnya Firdaus Wong Wai Hung yang merupakan saksi ketiga dalam kes tersebut.

Ebit Lew yang didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan diwakili barisan peguamnya, Datuk Ram Singh, Timothy Daut, Kamarudin Mohmad Chinki, Nizam Salleh Keruak dan Prem Elmer Ganasan.

Pihak pendakwaan pula dibarisi oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Analia Kamaruddin, Zahida Zakaria dan Rasyidah Murni Adzmi, manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori