Friday, December 20, 2024

Creating liberating content

Amaran Akhir ā€˜Survivalā€™ Politik...

PETALING JAYA ā€“ UMNO perlu berubah kerana keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di...

Lebih 3,000 Hadiri Munajat,...

MARANG - Lebih 3,000 orang ahli serta penyokong PAS menghadiri program Munajat dan...

Tabung COVID-19 Dilancar, Bantu...

PUTRAJAYA - Prihatin dengan individu yang terjejas dengan jangkitan COVID-19, kerajaan Perikatan Nasional...

NASA Beri Amaran, Jerebu...

PARA saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Nasional (NASA) Amerika Syarikat (AS) memberi...

Pesara Diumpan Untung RM15 Sebelum Rugi RM134,960

Kuantan : Selepas memperoleh keuntungan pertama sebanyak RM15, seorang pesara yakin dia akan mendapat pulangan lebih besar dan memutuskan untuk menggunakan wang simpanan bagi membuat pelaburan lebih banyak.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Bagaimanapun, keuntungan itu hanya umpan yang menyebabkan wanita berusia 63 tahun itu kehilangan RM134,960 daripada simpanannya dalam masa sembilan hari sahaja angkara skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa melihat satu skim pelaburan di TikTok pada 10 Disember lalu dan terpikat dengan janji pulangan besar yang dijanjikan.

“Mangsa yang menyatakan minat untuk menyertai telah diberikan pautan untuk menyertai saluran Telegram ‘B1VIP’. Pada mulanya dia melabur RM30 dan beberapa ketika kemudian, RM45 dimasukkan ke dalam akaun banknya.


“Menganggap skim itu tulen, wanita itu memutuskan untuk melabur dalam jumlah yang lebih besar dan membuat 12 transaksi berjumlah RM134,960 ke dalam sembilan akaun bank berbeza seperti yang diarahkan oleh ejen pelaburan menggunakan wang simpanannya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Yahaya berkata, apabila menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Orang ramai diingatkan tidak mudah tertipu dengan skim pelaburan dalam talian menjanjikan pulangan besar dan menggunakan https://semakmule.rmp.gov.my untuk mengesahkan nombor akaun bank sebelum membuat sebarang transaksi.

-Harian Metro

  • Lagi berita berkaitan:
  • scam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori