Wednesday, December 25, 2024

Creating liberating content

Nasib Bayi Kembar ‘Tanpa...

Sebelum ini, kami ada menyiarkan artikel kondisi seorang bayi kembar dari Dabong, Kuala...

Mayat Dijumpai Mati Dibunuh...

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki tempatan yang dipercayai dibunuh ditemukan dalam keadaan...

Shiro Ungguli Maharaja Lawak...

TAHNIAH... Program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) akhiri siarannya untuk musim ini dengan...

Surcaj Parking Touch N’...

KUALA LUMPUR - Penghapusan caj tambahan 10 peratus kad pembayaran elektronik Touch n’...

PGA9 Tahan Lelaki Miliki Pistol Tiruan, Peluru Airsoft, Patch Tentera Dan Dadah

RANTAU PANJANG: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) menahan seorang lelaki disyaki memiliki dua pucuk pistol tiruan, peluru Airsoft, ‘patch’ tentera dan dadah dianggarkan bernilai RM6,580 di Pekan Rantau Panjang, di sini, Ahad lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata terdahulu anggota yang membuat rondaan terserempak dengan suspek berusia 24 tahun menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek, beliau berkata, anggota menemui sepucuk pistol tiruan jenis Glock bersama satu bungkusan plastik berisi peluru Airsoft, selain 268 biji pil Epam.

“Terdapat juga apulet pangkat, kemeja-T serta ‘patch’ unit 617 tentera yang dibawa suspek. Susulan penahanannya, anggota meneruskan satu serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Kok Batu, di sini.

“Dalam serbuan itu, anggota menjumpai sepucuk lagi pistol tiruan jenis Glock bersama satu bungkusan plastik berisi peluru Airsoft, 234 biji pil Epam, lapan biji pil kuda serta apulet pangkat tentera.


“Anggota kemudian merampas semua barangan serta dadah itu sebelum dibawa ke Komtak Taman Bakti, di sini, untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 12(2) serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“PGA akan terus mempergiatkan usaha mengekang kegiatan penyalahgunaan dadah daripada berleluasa di sempadan negara.

“Bagaimanapun, kerjasama penduduk setempat dan orang awam juga dialu-alukan bagi membantu mengawal jenayah rentas sempadan, untuk kebaikan bersama,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori