Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Spaso-Amri-Aguero Kombinasi Penyerang Berbisa...

MELAKA - Melaka United sedang membentuk tiga penyerang iaitu Ilija Spasojevic, Mohd Amri...

Vokalis Pretty Ugly Selamat...

SYUKUR... Vokalis kumpulan Pretty Ugly, Neves selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya,...

Sebuah Sekolah Rendah Ditutup...

MIRI - Sebuah sekolah rendah ditutup manakala sebuah rumah panjang dinaiki air setinggi...

3 Nama Rebut Jawatan...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkemungkinan besar akan...

Polis Selesai Ambil Keterangan Abdul Hadi – KPN

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk ‘Ketinggian Islam wajib dipertahankan’ pada 20 Februari lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan Ahli Parlimen Marang itu akan diselesaikan dalam kadar segera.

“Kemudian kertas siasatan kami akan lengkapkan dan esok kami akan hantar ke Pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC),” katanya secara ringkas melalui nota suara ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp pada Khamis.

Terdahulu, dua pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman hadir bagi merakam keterangan Abdul Hadi pada 2.19 petang di ibu pejabat parti berkenaan.


Tinjauan Bernama mendapati kedua-dua pegawai dilihat meninggalkan bangunan pada 3.18 petang setelah selesai merakam percakapan Ahli Parlimen Marang itu.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata Abdul Hadi telah mengutuskan sebuah Warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai kandungan warkah itu, katanya ketika ditemui media selepas pihak polis selesai merakam keterangan Abdul Hadi, di sini hari ini.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori