Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

9 Maut, Trak Pengebom...

MOGADISHU - Seorang pengebom nekad yang menaiki sebuah trak yang sarat bahan letupan,...

Penganggur Didakwa Bunuh Anak...

KAJANG : Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Fesyen`Langkah Mayatku’ Untuk Dipakai...

FESYEN dalam kubur? Bunyinya pelik namun sebuah gedung fesyen telah menghasilkan rekaan baju...

Jerebu: Singapura Diminta Fahami...

JAKARTA - Ketua Staf Presiden Indonesia, Teten Masduki berkata, Singapura harus memahami kesukaran...

Ranau Dilanda Gempa Bumi Lemah Lagi

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau, pada 10.01 pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Semalam, daerah itu turut dilanda gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 pada skala Richter pada pukul 2.56 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi hari ini berlaku di 14 kilometer barat Ranau.

Menurut kenyataan itu, gempa bumi lemah pada kedalaman 10 kilometer itu dipercayai mengakibatkan gegaran di daerah Ranau.


“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya sedia maklum perkara tersebut dan setakat ini tiada kejadian yang tidak diingin dilaporkan.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori