Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Iktiraf UEC Dikecam, Langkah...

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pertubuhan Almuni Kelab-kelab UMNO Luar Negara Malaysia, Wan Md...

Kes Bunuh Akauntan, Polis...

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lagi suspek dipercayai terbabit dalam kes penemuan...

Johor Komited Bina 100,000...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor komited untuk membina 100,000 unit Rumah Mampu Milik...

Henti Tular Berita Palsu...

MELAKA – Rakyat Malaysia perlu menghentikan penyebaran berita palsu melalui laman sosial, yang...

‘Saya Ingat Anak Kucing, Rupanya Ada Bayi Dalam Kotak’ – Peniaga

Batu Pahat: Seorang peniaga mengakui badannya menggigil sebaik menyedari kotak yang ditemui di atas rak lauk di gerai miliknya sebenarnya mengandungi bayi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bayi cukup sifat itu ditemui di gerai milik Salzura Abd Rahman, 42, di kawasan perindustrian Taman Kota, Yong Peng, di sini kira-kira jam 5 pagi semalam.

“Saya ingat ada orang buang anak kucing…. bila saya jenguk dalam kotak, badan saya menggigil kerana ada bayi di dalamnya,” katanya.

Menceritakan peristiwa itu, Salzura berkata sebelum kejadian dia bersama anak lelakinya, Danis Syahputra Mohamad Saipol, 17, baru tiba di gerai untuk memulakan perniagaan.

“Sebaik tiba, saya masuk melalui pintu belakang dan saya terpandang kotak diletakkan atas rak tempat saya meletakkan lauk pauk.

“Pada mulanya, saya menyangka ada orang buang anak kucing kerana lokasi ini kerap dijadikan tempat untuk meletakkan binatang peliharaan.

“Saya cuba nak angkat kotak itu, tapi berat. Dalam hati saya kata, banyaknya orang buang anak kucing. Apabila saya buka kotak, saya nampak kaki terangkat.

“Saya mula menggigil dan memanggil anak lelaki untuk melihat bayi itu,” katanya ketika ditemui di gerainya.


Salzura berkata, ketika ditemui bayi itu hanya dibaluti kain batik selain di alas tuala di dalam kotak.

“Yang menghairankan saya ialah bayi itu langsung tidak menangis. Tiada nota atau botol susu ditinggalkan bersama bayi, selain tali pusatnya sudah dipotong.

“Selepas itu, saya hubungi balai polis memaklumkan penemuan bayi itu dan kira-kira jam 6 petang, sepasukan anggota dan pegawai tiba di gerai saya.

“Pada masa sama, ambulans juga tiba bersama untuk membawa bayi ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan penemuan bayi terbabit.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng merangkap EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon mengecam tindakan individu tidak berperikemanusiaan yang tergamak memperlakukan sedemikian tanpa memikirkan kesan kepada bayi terbabit.

“Melahirkan dan membesarkan anak adalah tanggungjawab ibu bapa, tetapi siapakah yang begitu kejam dan tergamak, atau mereka menghadapi kesukaran yang begitu besar sehingga memilih untuk membuang bayi,” soalnya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori