Sunday, December 1, 2024

Creating liberating content

KWSP Timbang Setiap Permohonan...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mempertimbangkan setiap permohonan kemudahan...

Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog...

CINTA terhadap dunia tekstil membawa dua individu nekad membina empayar perniagaan sendiri. Meski...

KLHC Mara Ke Final...

KUALA LUMPUR - Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) bakal membuat penampilan sulung di...

250 Anggota, Pegawai Polis...

KULAIJAYA - Sebanyak 250 pegawai kanan dan anggota polis di Johor dikenakan tindakan...

Trak ATM Tergelincir Semasa Redah Banjir, Tidak Libatkan Calon SPM

PASIR MAS – Trak tujuh tan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tergelincir semasa Op Murni tidak melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkesan dengan banjir di Rantau Panjang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Markas 2 Divisyen Infantri dalam satu kenyataan berkata, trak terbabit dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi mengambil calon SPM yang terkesan untuk dipindahkan ke Pasir Mas.

“Namun ekoran arus deras di Kalbot Lima menyebabkan ia tergelincir.

“Trak tersebut hanya dinaiki oleh anggota sahaja tidak melibatkan calon SPM,” katanya.


Kenyataan terbabit berkata, operasi khas ini telah berjaya dilaksanakan dengan jaya tanpa berlakunya sebarang kemalangan yang tidak diingini.

Sinar Harian Online melaporkan arus deras dan paras air yang cepat naik antara cabaran perlu dilalui oleh anggota ATM semasa melakukan Op Murni bagi memindahkan 189 calon SPM yang terkesan banjir di sini ke Pasir Mas.

Operasi tersebut bermula jam 6 pagi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas ke Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi dengan menurunkan 11 buah trak dan 12 bot tempur.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori