Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

MB Perak Ditekan DAP...

KUALA LUMPUR - UMNO Perak mengingatkan kerajaan negeri itu supaya tidak mencabul Perlembagaan...

Boikot Coca-Cola Hanya Akan...

KUALA LUMPUR - Gesaan supaya orang ramai memboikot produk Coca-Cola akan hanya memberi...

Sokongan Cina Terhadap MCA...

SEREMBAN - MCA Negeri Sembilan yakin sokongan masyarakat Cina terhadap parti itu semakin...

Gengster Di Sarawak Tiada...

MIRI - Polis mengenal pasti Sibu sebagai lokasi utama kegiatan gengster di Sarawak...

Trump Mungkin Tuntut Terusan Panama Dikembalikan Kepada AS

WEST PALM BEACH : Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tidak menolak kemungkinan akan menuntut kembali kawalan terhadap Terusan Panama.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Trump berkata, ia susulan dakwaan bahwa Panama mengenakan kadar bayaran yang terlalu tinggi untuk penggunaan terusan berkenaan sebagai laluan perkapalan antarabangsa.

Terusan Panama ialah laluan air buatan sepanjang 82 kilometer di Panama yang menghubungkan Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik, merentasi Genting Panama, dan berfungsi sebagai laluan penting untuk perdagangan maritim.

Kata Trump, jika Panama gagal menguruskan terusan itu dengan cara yang memuaskan, pihaknya akan menuntut sekutu AS itu menyerahkan kawalan terusan berkenaan.

“Kita tidak akan membiarkan terusan itu jatuh ke tangan yang salah. Ia bukan diberikan untuk manfaat pihak lain, tetapi hanya sebagai tanda kerjasama antara kami dan Panama.

“Kadar bayaran yang dikenakan Panama adalah tidak masuk akal, terutama sekali memandangkan kemurahan hati luar biasa yang diberikan kepada Panama oleh AS.

“Jika prinsip moral dan undang-undang yang mendasari tindakan murni ini tidak dipatuhi, maka kami akan menuntut Terusan Panama dikembalikan kepada kami sepenuhnya, tanpa soal,” katanya melalui hantaran di Truth Social.


Pada masa sama, Trump juga memberi amaran mengenai pengaruh China terhadap laluan terbabit dan menegaskan ia tidak seharusnya dikendalikan oleh negara itu sama sekali.

Hantaran itu dilihat sebagai contoh luar biasa pemimpin AS yang menyatakan kemungkinan mendesak sebuah negara berdaulat menyerahkan kawasannya.

Kenyataan itu juga mencerminkan perubahan yang dijangka dalam diplomasi AS di bawah Trump, yang tidak pernah lari daripada mengancam sekutu dan menggunakan retorik keras dalam berurusan dengan pihak lain.

AS membina sebahagian besar Terusan Panama dan menguruskan kawasan sekitarnya selama beberapa dekad.

Bagaimanapun, kerajaan AS secara sepenuhnya menyerahkan kawalan terusan itu kepada Panama pada 1999 selepas tempoh pentadbiran bersama.

Sementara itu, Kedutaan Panama di Washington belum memberikan maklum balas ketika diminta mengulas mengenai perkara itu. 

-REUTERS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori