Saturday, December 21, 2024

Creating liberating content

Hasil Tuna Negara Disasar...

LANGKAWI - Hasil industri tuna Malaysia dapat mencecah RM1 bilion menerusi pendaratan sekurang-kurangnya...

Kerajaan Selangor Bantu Rakyat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membantu memakmurkan...

Beri Perhatian Serius Terhadap...

TAWAU - Pihak berkuasa, khususnya badan agama, diminta supaya memandang serius penularan dan...

Aaliyah Yoong Ketuai Cabaran...

KUALA LUMPUR - Pemenang dua pingat emas Sukan SEA 2015 di Singapura, Aaliyah Yoong Hanifah akan...

UM, Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Pensyarah Lakukan Gangguan Seksual – KPT

Putrajaya: Unit Integriti Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti terbabit.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataannya hari ini berkata, semua prosedur serta peraturan berkaitan dipatuhi sepenuhnya oleh UM.

“UM juga mempunyai garis panduan dan peraturan khusus berhubung isu gangguan seksual, dan langkah-langkah yang sewajarnya sedang diambil untuk melindungi hak semua pihak,” menurut kenyataan berkenaan.

KPT berkata, individu yang dikaitkan juga telah membuat laporan polis dan siasatan turut dijalankan pihak berkuasa, sehubungan itu semua pihak diseru agar memberikan ruang supaya siasatan menyeluruh dapat dilaksanakan.


Menurut kenyataan itu, sebarang tindakan yang diambil mestilah selaras dengan undang-undang sedia ada, kerana langkah yang melanggar tatacara perundangan boleh mencabuli proses siasatan yang sedang berlangsung.

“Kementerian dan pihak UM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbukti bersalah melakukan pelanggaran undang-undang dan tindakan tatatertib yang tegas akan diambil,” menurutnya.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori