Tuesday, December 31, 2024

Creating liberating content

Nama Burger ‘P. Ramly’,...

BELUM pun reda isu nama 'hotdog', muncul pula kontroversi baharu apabila sebuah rangkaian...

AGC Fail Rayuan Terhadap...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan untuk membatalkan keputusan...

Ujian DNA Untuk Tentukan...

KOTA KINABALU - Polis Malaysia dan Filipina akan bekerjasama rapat dalam menjalankan ujian...

Isu Terowong Dasar Laut:...

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan tempoh reman dua pemimpin syarikat...

Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja 19 Tahun

KUALA TERENGGANU – Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, dua bulan lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Razali Mamat, 69, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Hulu Lerek, Hulu Terengganu, kira-kira jam 9.30 pagi, 28 Oktober lalu.

Lelaki itu yang tidak bekerja dan kini ditanggung oleh anaknya itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Noradila Ab Latif tidak menawarkan sebarang jaminan selain memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan agar tertuduh tidak mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan sehingga kes selesai.


Bagaimanapun peguam Mohd Shahir Mat Jusoh yang mewakili warga emas itu memohon agar jaminan yang rendah dibenarkan kepada anak guamnya atas faktor kewangan tertuduh.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin selain membenarkan syarat tambahan dikemukakan Noradila.

Beliau turut mengarahkan Razali melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan serta menetapkan 23 Januari depan untuk sebutan semula kes.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori