Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Remaja Maut Di Funfair...

REMAJA perempuan yang maut terjatuh ketika bermain di sebuah taman tema (funfair) pernah...

Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad...

KUALA LUMPUR - Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad, 84, meninggal...

Calon BN Melaka Mampu...

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) Melaka yang bakal bertanding pada Pilihan Raya...

Emas, Perak Dalam Genggaman...

JAKARTA – Kontinjen Malaysia hampir pasti menambah koleksi pingat emas pada Sukan Asia...

2 maut, 5 cedera kereta bertembung SUV di Ledang

Tangkak : Dua maut, manakala lima lagi parah dalam kemalangan di Jalan Sagil-Jementah berhampiran Estate Gunung Ledang, di sini, malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kemalangan berlaku sekitar jam 9.40 malam membabitkan sebuah Proton Wira yang dipercayai bertembung dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier.

Dua yang maut adalah lelaki berusia 56 tahun yang menaiki Proton Wira, manakala lima yang cedera membabitkan dua penumpang kenderana sama berusia 21 dan 53 tahun, selain tiga yang menaiki Toyota Harrier.

Jurucakap jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.


“Sebaik tiba, dua daripada tujuh mangsa yang terbabit kemalangan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lima lagi cedera.

“Semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori