Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

TVET Bukan Lagi Pilihan...

KOTA BHARU - Bidang Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan...

Jangan Bakar Jerami Padi...

KANGAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis menasihatkan penduduk di negeri...

Ibu Muda Tukar Pengakuan...

SUNGAI PETANI - Seorang ibu muda yang didakwa membunuh secara tidak sengaja anak...

30,000 Isi Rumah Di...

PETALING JAYA - Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) mengenal pasti kira-kira 30,000 ketua isi...

4 Sekeluarga Terselamat Kenderaan Dihempap Pokok

KLUANG : Empat sekeluarga nyaris maut apabila Perodua Alza dinaiki dihempap sebatang pokok yang tumbang semasa hujan di kilometer 48.5 di Jalan Batu Pahat – Mersing, di sini, jam 11.45 pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan melawat saudara mereka di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom dari Melaka.

“Sampai di tempat kejadian, semasa berada di lorong kanan, sebatang pokok di tepi jalan tumbang dan menghempap Perodua Alza berkenaan.

“Akibat kemalangan yang berlaku, tiga mangsa termasuk pemandu kereta cedera ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang.


“Seorang penumpang belakang tidak mengalami sebarang kecederaan dan semuanya berusia dalam lingkungan 58 hingga 63 tahun” katanya.

Dalam pada itu, Bahrin menasihatkan orang ramai supaya menghubungi pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang sekiranya kawasan kediaman mereka dinaiki air.

“Orang ramai diminta berwaspada dengan Monsun Timur Laut yang bermula November lalu hingga Mac nanti. Aktiviti riadah di pusat rekreasi air dan kegiatan mendaki bukit atau gunung adalah dilarang,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori