Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Vladimir Putin Beri Wang...

MOSCOW – Presiden Vladimir Putin menandatangani dekri yang menyatakan bahawa Russia akan memberi...

Tunggu Inkues, Jangan Buat...

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menasihati semua pihak supaya tidak membuat kenyataan...

Bersedia Terima Padah Bila...

Sebelum membuat keputusan mengugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...

Hasan Malek Bakal Bintangi...

AHLI Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek akan membintangi filem This Is...

Banjir: Gelombang Kedua Dijangka Landa Johor Mulai Rabu

Kota Tinggi : Gelombang kedua banjir di Johor diramal berlaku pada Rabu hingga Sabtu ini, kata Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Onn Hafiz berkata, jangkaan itu dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi (METMalaysia) pada taklimat banjir ketika meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, hari ini.

“METMalaysia memaklumkan gelombang kedua hujan berterusan dijangka berlaku di Johor pada 15 hingga 18 Januari ini.

“Justeru itu, saya menyeru seluruh Bangsa Johor supaya terus waspada dan mendengar arahan daripada pihak berkuasa, supaya usaha pengurusan banjir di negeri ini berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan dimuat naik di akaun Facebook, hari ini.

Sementara itu, penduduk daerah ini yang ditemui melahirkan kebimbangan mereka susulan gelombang kedua bencana banjir yang dijangka bermula Rabu hingga Sabtu ini.

Penduduk Taman Mawai, Rahizat Abdul Rahim, 49, berkata beliau bersama mangsa banjir di PPS turut tidak dibenarkan pulang ke rumah semula walaupun keadaan banjir sudah surut susulan gelombang kedua yang bakal melanda.


Katanya, pengurusan PPS memaklumkan hujan lebat berterusan dijangka bakal berulang semula mulai esok dengan banjir gelombang kedua dijangka berlaku.

“Pihak berkuasa di PPS meminta semua mangsa banjir di PPS tidak pulang ke rumah lagi susulan risiko gelombang kedua dengan jangkaan paras air lebih tinggi nanti.

“Apatah banjir kali ini naik dengan pantas serta berarus deras dibimbangi akan menyukarkan proses pemindahan jika penduduk dibenarkan balik.

“Oleh itu, kami terpaksa bersiap sedia dengan pulang sebentar ke rumah untuk mengemas barang-barang bagi dinaikkan ke tempat lebih tinggi,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori