Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

SPR Kelantan Terima Notis...

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan hari ini mengesahkan menerima notis...

BM Di SJK Cina,...

KUALA LUMPUR - Proses pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu di Sekolah Jenis...

Rangka Ditemui Sambil Duduk...

KISAH kematian tragis seorang wanita, Joyce Vincent pada 2003 sehingga kini masih menjadi...

APMM Tahan 2 Nelayan...

ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah menahan sebuah bot kelas...

Ejen Insurans Kerugian Lebih RM600,000 Akibat Skim Pelaburan Tak Wujud

Jempol : Keghairahan seorang ejen insuran mahu mendapatkan duit yang banyak dalam masa pantas memakan diri apabila dia menjadi mangsa pelaburan tidak wujud sehingga kerugian RM666,546.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Lebih parah, lelaki berusia 61 tahun bukan sahaja menggunakan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetapi juga meminjam ratusan ribu ringgit lagi daripada rakannya.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, lelaki yang tinggal di Bahau berkenaan sebelum itu tertarik dengan satu skim pelaburan di Facebook pada September tahun lalu.

Katanya, mangsa ditawarkan pulangan menarik dalam bentuk dolar Amerika Syarikat dan sekiranya melabur sebanyak RM250,000, mangsa akan menerima pulang berjumlah RM1.5 juta.

“Mangsa kemudian membuat transaksi pertama berjumlah RM4,220 pada 5 Oktober 2024 sebelum melakukan 24 transaksi secara berperingkat dari 5 Oktober 2024 sehingga 7 Januari lalu.

“Mangsa memasukkan wang pelaburan ke dalam lima akaun bank berbeza dan dijanjikan akan mendapat pulangan dalam masa singkat ,”katanya.


Katanya, sehingga Januari lalu, mangsa tidak dijanjikan pulangan, sebaliknya mangsa terus diminta membayar wang pelaburan bagi pelbagai urusan.

Hoo berkata, mangsa juga memberi alasan meminjam wang daripada rakannya bagi tujuan derma kepada badan kebajikan, malah rakannya itu juga tidak mengetahui hasrat mangsa menyertai pelaburan berkenaan.

Justeru itu, Hoo tidak menafikan sikap tamak yang mahu mendapatkan wang yang banyak dalam masa singkat boleh memakan diri sendiri sehingga menyebabkan kerugian berganda.

“Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Harian Metro

  • Lagi berita berkaitan:
  • scam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori