Thursday, January 16, 2025

Creating liberating content

Tentera AS Rancang Beli...

WASHINGTON  - Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) merancang untuk membeli 245 kapal tempur...

Ahli Parlimen BN Perlu...

KUALA LUMPUR - Semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) perlu menjadikan empat isu...

“Saya Diarah Tinggalkan Malaysia”...

KUALA LUMPUR – Saksi utama perbicaraan SRC International, Datuk Suboh Md Yassin mendedahkan...

Finas Pandang Serius Isu...

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional (Finas) memandang serius isu filem Dukun yang menjadi mangsa...

Empat Individu Didakwa Edar Dan Miliki Dadah Hampir 100 Kg

JOHOR BAHRU: Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret berasingan di sini, hari ini atas tuduhan mengedar dan memiliki hampir 100 kilogram dadah, awal bulan ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Di hadapan Majistret A Shaarmini, keempat-empat tertuduh, Kok Yan Shen, 25; Ng Wei Loon, 30; Lynette Goh Sauk Fung, 25 dan Lim Jia Chun, 30, memahami pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan anggaran berat kasar 93.658 kilogram.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Kota Cahaya Puteri, di sini, kira-kira 12.30 tengah malam 5 Januari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sehingga 15 sebatan.


Sementara itu, di mahkamah majistret lain, keempat-empat tertuduh didakwa atas dua pertuduhan memiliki dadah berbahaya masing-masing jenis ketamin dengan anggaran berat kasar 20.096 kilogram dan nimetazepam dengan berat kasar 2.925 kilogram.

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.

Kesalahan didakwa dilakukan di lokasi, masa dan tarikh sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatihah Mohd Nizam dan Mohd Afdhallan Syafiq Azmy, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Kedua-dua mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan kepada semua tertuduh dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 Mac ini.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori