Friday, January 3, 2025

Creating liberating content

Pencemaran Bau Kimia: SK...

JOHOR BAHRU - Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya ditutup pada Isnin selepas...

Menteri Besar Perak Umum...

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad hari ini mengumumkan kesemua portfolio...

Perlu Lebihi Pencapaian Di...

PUTRAJAYA - Walaupun tidak meletakkan jumlah sasaran pingat, Menteri Belia dan Sukan Khairy...

Erat Hubungan Perlis-Sabah, Titah...

KOTA KINABALU - Hubungan baik yang terjalin sekian lama antara Sabah dan Perlis...

Fahmi Reza Dihantar Pulang Dari Sabah Malam Tadi

KOTA KINABALU: Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza, dihantar pulang ke Kuala Lumpur selepas dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun ketika ditanya perkembangan siasatan polis terhadap Fahmi.

“Ya, dia sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 9.30 malam tadi.

“Pihak polis hanya menghantarnya ke KKIA, manakala urusan selebihnya diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk penghantaran pulang,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Fahmi atau nama penuhnya Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin sepatutnya direman dari semalam hingga hari ini untuk siasatan polis.

Siasatan antara lain berkaitan karikatur berbaur penghinaan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11, Tun Musa Aman.

Dia disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Fahmi, 47, dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, bagi mendapatkan perintah tahanan reman selepas ditahan ketika datang sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, kelmarin.

Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali membenarkan permohonan reman itu selepas mengambil kira asas permohonan reman yang dikemukakan kepada mahkamah dan mendengar hujah daripada peguam Fahmi.


Sebelum itu, pegawai penyiasat memohon perintah reman empat hari, namun dibantah peguam Nurul Rafeeqa Abdul Mutolip dan Sherzali Herza Asli yang mewakili Fahmi.

Mereka antara lain berhujah bahawa siasatan terhadap Fahmi boleh diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

Kelmarin, Jauteh mengesahkan penahanan Fahmi pada kira-kira jam 5 petang selepas dia datang sendiri ke IPD Penampang.

Pada sidang media sebelumnya, Jauteh memberitahu media bahawa polis mencari Fahmi selepas menerima lebih 30 laporan termasuk berkaitan poster karikatur berbaur penghinaan terhadap Tun Musa.

Susulan kenyataan Jauteh itu, Fahmi dalam hantaran di Facebook kemudian mengesahkan dicari polis dan bersedia untuk disiasat dengan datang sendiri ke balai polis.

Fahmi sebelum ini datang ke Sabah dipercayai untuk menyertai Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah anjuran Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diadakan semalam.

Perhimpunan itu yang disertai kira-kira 50 orang antara lain membantah pelantikan Tun Musa sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11 atas alasan pernah dikaitkan dengan rasuah.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori